Cara self baggage drop Airasia - Nothing to Somethings

Cara self baggage drop Airasia

Sedia maklum, kini AirAsia telah memperkenalkan cara self-baggage drop untuk semua penumpangnya. Meskipun cara ini menjimatkan masa, namun masih ramai di antara kita yang belum mengetahui cara untuk melakukan self-baggage drop.

Mesin layan diri  untuk drop luggage/baggage

Bagi memudahkah anda, sebagai panduan, di sini saya kongsikan 3 langkah mudah untuk guna self- baggage drop AirAsia.


Cara self-baggage drop Airasia

1- Print boarding pass dan tag

Untuk print boarding pass dan tag anda boleh ke kiosk yang disediakan di sekitar kaunter baggage drop. Dalam hal ini, anda hanya perlu masukkan nombor tempahan sahaja ikuti beberapa langkah mudah yang dipaparkan di skrin sehingga boarding pass dan tag berjaya di print.

2- Pasang tag

Untuk memasang tag, anda hanya perlu membuka bahagian pelekat di salah satu hujung tag dan  cantumkan/tampal kembali dengan keadaan hujung tag bertemu hujung tag. Pastikan tag dipasang ditempat yang senang dilihat. Contoh, pemegang luggage dan tali beg. Setelah tag dipasang, ambil satu pelekat kecil untuk ditampal di bag dan satu di boarding pass.

Note:
Pelekat kecil dimaksudkan berada hujung di luggage tag. Saiznya hanya sebesar jari kelinking

3- Drop beg/luggage

Letakkan beg di atas 'belt' dan scan boarding pass dan tag beg. Setelah 'belt' bergerak, anda bolehlah keluar dari ruang baggage drop dan bersedia untuk ke balai berlepas.

Note: Skrin di hadapan anda akan memamarkan langkah yang perlu anda lakukan semasa melakukan baggage drop. Ikuti beberapa langkah mudah sehingga beg anda berjaya didaftar masuk. Sekiranya anda mempunyai masalah, panggil sahaja staf bertugas. InsyaAllah mereka akan membantu anda sehingga anda selesai melakukan baggage drop.

Selesai...
Cara self baggage drop Airasia Cara self baggage drop Airasia Reviewed by Lah Mohd on 19:32:00 Rating: 5

4 comments:

  1. Nak tanya, kalau kalau kita dah print boarding pass siap2 dekat rumah and then kita hanya nak drop luggage saja, tak perlu lagi print boarding pass kan ? Just print luggage tag dekat kiosk je kan ?.

    ReplyDelete
  2. Kalau ada 2 beg, berapa beg Yang perlu saya scan?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.