Menjadi kelaziman kepada kita untuk bertanya atau mencari maklumat di internet apabila pertama kali menggunakan sesuatu yang asing. Tidak terkecuali dalam membuat tuntutan bagasi atau beg di airport.
Sebagai rujukan, di sini saya kongsikan 3 langkah mudah dalam membuat tuntutan beg atau bagasi di Airport.
Sebagai rujukan, di sini saya kongsikan 3 langkah mudah dalam membuat tuntutan beg atau bagasi di Airport.
Cara membuat tuntutan beg di airport
1- Ke ruang tuntutan bagasi
Ruangan tuntutan bagasi biasanya berada sebelum pintu keluar balai ketibaan. Dalam hal ini, selepas sahaja korang keluar dari pintu pesawat, korang perlu cari papan tanda "tuntutan bagasi". Ini bagi membolehkan korang mengetahui kedudukan lokasi tuntutan bagasi.
Namun, sekiranya korang menggunakan penerbangan antarabangsa, sebelum membuat tuntutan bagasi korang perlu melalui pemeriksaan imegresen.
Namun, sekiranya korang menggunakan penerbangan antarabangsa, sebelum membuat tuntutan bagasi korang perlu melalui pemeriksaan imegresen.
2- Rujuk papan info
Setibanya di ruang tuntutan bagasi, korang boleh rujuk papan info untuk mengetahui nombor "belt" yang digunakan untuk meletakkan beg korang. Untuk mengetahui nombor "belt", gunakan nombor pesawat sebagai rujukan.
3- Buat tuntutan
Selepas korang mengenalpasti nombor "belt", korang boleh terus ke "belt" tersebut. Dalam hal ini, biasanya korang perlu menunggu sekitar 5-10 minit sebelum beg pertama keluar di "belt" tuntutan. Sebagai tambahan, semasa mengambil beg atau barang di "belt" pastikan barangan tersebut adalah hak milik korang. Ini bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah selepas tuntutan di buat. Setelah mengambil bagasi korang boleh terus ke pintu keluar.
Manakala, bagi penerbangan antarabangsa, sebelum keluar korang perlu melalui pemeriksaan kastam. Sekiranya korang tidak berbelanja di luar negara, korang akan dilepaskan tanpa sebarang pertanyaan. Namun sekiranya beg korang dipenuhi dengan hasil shopping, kemungkinan untuk ditahan dan dikenankan cukai adalah tinggi. Dalam hal ini, korang tidak perlu risau kerana jumlah cukai yang dikenakan bergantung kepada jumlah barangan korang (i.e. barang baru dibeli) dan masih boleh dirunding.
Note:
Bagi mengurangkan kebarangkalian korang dikenakan cukai, semasa mengemas barang buang semua tanda harga, plastik, tag dan lain-lain yang menandakan pakaian tersebut baru dan lipat pakaian tersebut dalam keadaan seolah-olah ianya telah digunakan.

Selesai
Cara tuntut beg atau bagasi di Airport
Reviewed by Lah Mohd
on
19:34:00
Rating:
No comments: