Hotel berdaftar dengan MOTAC Malaysia?
Kenapa perlu semak senarai hotel berdaftar dengan MOTAC Malaysia?
Apa kelebihan jika hotel berdaftar dengan MOTAC Malaysia
Ermmmm..... Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa dan apa kelebihan jika anda menginap di hotel yang berdaftar dengan MOTAC Malaysia.
Untuk menjawab persoalan ini, pernahkah anda mendengar tentang perlepasan cukai pendapatan bagi perbelanjaan pelancongan domestik?
Jika ya, semestinya anda salah seorang yang mempunyai pendapatan dan perlu mengisytiharkan pendapatan anda kepada LHDN.
Untuk makluman anda, jika tempat anda menginap (hotel, chalet, motel, resort, guesthouse dan lain-lain) berdaftar dengan MOTAC Malaysia, maka anda layak untuk mendapatkan perlepasan cukai pendapatan dari LHDN Malaysia. Untuk tahun taksiran 2022 sahaja, LHDN telah memberi perlepasan sebanyak RM1000 kepada perbelanjaan pelancongan domestik. Perlepasan perlancongan domestik ini termasuk perbelanjaan untuk:
1- Bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan MOTAC Malaysia
2- Bayaran masuk tempat menarik (tarikan pelancongan)
3- Pembelian pakej pelancongan domestik melalui ejen yg berdaftar dengan MOTAC Malaysia
Menarik bukan?
Jadi, bagaimanakah cara untuk mendapatkan perlepasan cukai pendapatan bagi perbelanjaan pelancongan domestik?
Untuk melayakkan anda mendapatkan perlepasan cukai pendapatan ini, caranya amat mudah, anda hanya perlu kenal pasti sama ada hotel yang anda inap berdaftar dengan MOTAC Malaysia atau sebaliknya.
Jika hotel yang anda inap berdaftar dengan MOTAC Malaysia, maka anda layak untuk dapatkan perlepasan cukai dengan mengisi borang e-Filing. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara semak hotel yang berdaftar dengan MOTAC Malaysia.
Cara semak hotel berdaftar dengan MOTAC Malaysia
1- Layari dan buka laman web MOTAC Malaysia.
Di website MOTAC, pada bahagian e-perkhidmatan klik 'semakan' atau klik pautan ini.
Sumber: MOTAC 2023
selepas anda klik semakan, paparan dibawah akan terhasil, klik 'hotel berdaftar'
Sumber: MOTAC 2023
2- Paparan carian premis penginapan berdaftar dengan MOTAC Malaysia
Selepas anda klik 'hotel berdaftar' paparan dibawah akan terhasil, masukkan nama hotel atau pilih negeri yang anda menginap dan klik 'cari'
Sumber: MOTAC 2023
3- Paparan senarai premis penginapan berdaftar dengan MOTAC Malaysia
Selepas anda klik cari, paparan senarai premis penginapan akan terhasil. Buat semakan. Jika nama premis tempat anda menginap tersenarai, maka anda layak untuk mendapatkan perlepasan cukai pendapatan.
Selesai...
Cara semak hotel berdaftar dengan MOTAC Malaysia
Reviewed by Lah Mohd
on
20:56:00
Rating:
No comments: