Cara Masak Agar-Agar Laici - Nothing to Somethings

Cara Masak Agar-Agar Laici


Agar-Agar Laici

Agar-agar laici sebagai pencuci mulut. Emmm, lagi sedap kalau dimakan ketika cuaca panas.

Bahan masak Agar-Agar Laici:

  • 20 gram agar-agar bertali
  • 5 gelas air
  • 1 tin air laici & buah laici (dipotong dua)
  • 4 ketul gula batu
  • 2 helai daun pandan
  • 5 senduk gula
  • 1/2 tin susu cair

Cara masak Agar-Agar Laici:

  1. Basuh agar-agar bertali dan toskan. 
  2. Masukkan air, agar-agar bertali dan air laici ke dalam periuk.
  3. Masukkan gula, daun pandan dan gula batu. Kacau sehingga agar-agar mendidih dan larut. 
  4. Kecilkan api. Angkat dan masukkan 1/2 bancuhan ke dalam loyang. 
  5. Untuk lapisan pertama, masukkan susu cair. Kacau sehingga sebati.
  6. Tunggu dalam 5-10 minit sehingga agar-agar susu tersebut separa beku.
  7. Lapisan kedua, masukkan kesemua bancuhan agar-agar. 
  8. Tabur rata buah laici yang telah dipotong.
  9. Sejukkan pada suhu bilik seketika dan masukkan ke dalam peti ais.
  10. Sedia untuk dihidang. 


Cara Masak Agar-Agar Laici Cara Masak Agar-Agar Laici Reviewed by Lah Mohd on 12:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.