Cara dapatkan diskaun bayaran PTPTN - melalui debit terus - Nothing to Somethings

Cara dapatkan diskaun bayaran PTPTN - melalui debit terus

Diskaun bayaran PTPTN?

Seperti diumumkan dalam pembentangan budget 2022 oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia pada 29 Oct 2021, budget 2022 akan memberikan manfaat kepada peminjam PTPTN melalui beberapa insentif iaitu:

1- Diskaun 15% atas baki hutang untuk pembayaran penuh pinjaman
2- Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang pinjaman dengan sekali bayaran
3- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau melalui debit terus mengikut jadual.

Tempoh diskuan bayaran balik pinjaman PTPTN ini adalah selama 6 bulan iaitu bermula pada 1 Nov 2021 hingga 30 April 2021. 

Meskipun terdapat tiga jenis diskaun/ potongan bayaran PTPTN, namun dalam artikel ini saya hanya akan kongsikan cara untuk dapatkan diskaun bayaran PTPTN melalui bayaran DEBIT TERUS sahaja. 

Cara dapatkan diskaun bayaran PTPTN melalui Debit terus

1- Login pengguna di akaun pinjaman PTPTN. Klik sini


2- Paparan dibawah akan terhasil, Klik semak

3- Masuk No Kad pengenalan dan kata laluan, Klik Log Masuk

4- Paparan dibawah akan terhasil, pada menu klik 'Penyata Baki'



5- Paparan dibawakah akan terhasil, Skrol ke bawah dan klik 'pendaftaran untuk Debit Terus'

6- Paparan dibawaha akan terhasil, klik 'Permohonan Baru'

7- Paparan dibawah akan terhasil, isi maklumat peribadi dan klik seterusnya

8- Paparan dibawah akan terhasil, semak maklumat pinjaman (dan jika perlu masukkan/ubah jumlah bayaran bulanan) dan klik seterusnya.

9- Paparan dibawah akan terhasil, tik ruang 'Pengesahan permohonan' dan klik seterusnya. 

10- Selepas anda tik ruang pengesahan permohonan, paparan dibawah akan terhasil. Klik bayar

11- Paparan dibawah akan terhasil. Ikuti beberapa langkah mudah sehingga transaksi RM1 berjaya dilakukan. Sekiranya bayaran RM1 berjaya, potongan melalui debit akan dilakukan terus daripada akaun anda untuk bulan-bulan berikutnya. Tahniah, pendaftaran anda telah berjaya.

Note: 
1- Syarat untuk dapatkan diskaun bayaran PTPTN melalui Debit Terus adalah anda perlu mempunyai akaun semasa/ simpanan yang aktif di bank dan mempunyai akaun pinjaman di PTPTN. 

2- Transaksi yang berjaya akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja. 
Cara dapatkan diskaun bayaran PTPTN - melalui debit terus Cara dapatkan diskaun bayaran PTPTN - melalui debit terus Reviewed by Lah Mohd on 09:46:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.