Cara masak makaroni goreng - Nothing to Somethings

Cara masak makaroni goreng

Makaroni goreng
Makaroni goreng 

Bahan untuk masak makaroni goreng:

  • 300 gram makaroni
  • 1 mangkuk daging/ ayam dicincang halus
  • Kubis
  • Sawi
  • 3 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Minyak masak
  • Air
  • Garam
  • Gula 

Bahan untuk dicincang halus/ ditumbuk:

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara masak makaroni goreng:

  1. Masukkan air dan sedikit minyak masak ke dalam periuk. Rebuskan makaroni sehingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bahan yang dicincang halus/ ditumbuk sehingga kekuningan. 
  3. Masukkan isian daging/ ayam. Goreng sehingga separa masak.
  4. Masukkan kicap, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. 
  6. Masukkan kubis, sawi dan makaroni. Gaul rata sehingga masak. 
  7. Sedia untuk dihidang.
Note

Cadangan menu hidangan untuk 2-3 orang
Cara masak makaroni goreng Cara masak makaroni goreng Reviewed by Lah Mohd on 11:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.