Cara masak Kailan Ayam - Nothing to Somethings

Cara masak Kailan Ayam

Kailan Goreng Ayam
Kailan Ayam 

Bahan untuk masak Kailan Ayam:

  • 1 ikat kailan
  • 1 mangkuk isi ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji cili besar (dihiris nipis)
  • Minyak masak
  • Air
  • Garam 
  • Gula

Bahan untuk ditumbuk/ dihiris halus:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara masak Kailan Ayam:

  1. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis sehingga kekuningan. 
  2. Masukkan isi ayam. Masakkan sehingga separa masak. 
  3. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau rata.
  4. Masukkan kailan dan cili besar.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. 
  6. Gaul rata sehingga masak.
  7. Sedia untuk dihidang. 
Note:

Menu cadangan sesuai untuk 2-3 orang
Cara masak Kailan Ayam Cara masak Kailan Ayam Reviewed by Lah Mohd on 12:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.