Cara masak ayam masak kicap - Nothing to Somethings

Cara masak ayam masak kicap

Ayam masak kicap
Ayam masak kicap 

Bahan untuk masak ayam masak kicap:

  • 5-6 ketul ayam
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula 
  • Minyak masak
  • Sedikit air

Bahan untuk dihiris nipis:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Cili merah

Cara masak ayam masak kicap:

  1. Lumurkan ayam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak masak. Goreng ayam tersebut (jangan terlalu garing). Angkat dan toskan.
  3. Gunakan minyak goreng ayam tadi, tapi buangkan sedikit.
  4. Tumiskan bahan yang dihiris nipis kecuali cili merah sehingga kekuningan. 
  5. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau rata.
  6. Boleh masukkan sedikit air, untuk yang inginkan kuah lebih.
  7. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata.
  8. Masukkan cili merah dan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
  9. Sedia untuk dihidang.
Note:

Menu cadangan sesuai untuk 2-3 orang
Cara masak ayam masak kicap Cara masak ayam masak kicap Reviewed by Lah Mohd on 11:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.