Cara masak ayam masak hitam - Nothing to Somethings

Cara masak ayam masak hitam

Ayam masak hitam
Ayam masak hitam

Bahan untuk masak ayam masak hitam:

  • 6 ketul ayam
  • 5 sudu besar kicap 
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji bunga lawang
  • Serbuk kunyit
  • Minyak masak 
  • Air
  • Garam
  • Gula

Bahan yang dikisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara masak ayam masak hitam:

  1. Perapkan ayam yang telah dibersihkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak masak. Goreng ayam tersebut separa masak. Angkat dan toskan. 
  3. Gunakan minyak yang sama, tapi kurangkan sedikit minyak tersebut. 
  4. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  5. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar. Tumis sehingga kekuningan. 
  6. Masukkan sos tiram, kicap dan sedikit air. Gaul sehingga sebati.
  7. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata. 
  8. Sedia untuk dihidang. 
Note: 

Cadangan menu hidangan sesuai untuk 2-3 orang 
Cara masak ayam masak hitam Cara masak ayam masak hitam Reviewed by Lah Mohd on 11:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.