Bayam brazil |
Cara mudah tanam pokok bayam brazil
1- Pilih bahagian ranting bayam brazil yang tua untuk dijadikan benih.
2- Buang semua daun bayam brazil termasuk bahagian pucuk muda.
3- Potong ranting bayam brazil kepada panjang sekitar 10cm
4- Rendam bahagian pangkal ranting bayam brazil di dalam air sehingga keluar akar (sekitar 3-4 hari)
5- Semai bayam brazil di dalam medium tanah. Pastikan medium tanah yang dipilih air tidak bertakung
6- Siram pokok bayam brazil anda 2 kali sehari (pagi dan petang)
7- Sekitar kurang 1 minggu, tunas baru bayam brazil akan kelihatan
Note:
1- Untuk memastikan bayam brazil anda cepat membesar dan menggalakan pembentukan pucuk dan daun, pastikan anda melakukan pembajaan setiap dua minggu.
2- Untuk memastikan bayam brazil sentiasa kelihatan cantik, pastikan anda melakukan pemangkasan ranting apabila ketinggian bayam brazil anda telah melebihi ketinggian satu jengkal.
Cara mudah tanam pokok bayam brazil
Reviewed by Lah Mohd
on
10:30:00
Rating:
No comments: