Cara masak kari terung - Nothing to Somethings

Cara masak kari terung

Kari terung
Kari terung 

Bahan untuk masak kari terung:

  • 2 biji terung (dibelah dua)
  • 200 gram santan
  • 1 sudu besar rempah kari (dibancuh dengan sedikit air) 
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam keping
  • Gula
  • Garam
  • Minyak masak
  • Air 

Bahan untuk menumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • 1 biji bawang putih (dihiris nipis)
  • 2 biji bawang merah (dihiris nipis) 


Cara masak kari terung:

  1. Panaskan minyak masak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis sehingga wangi. 
  2. Masukkan hirisan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sehingga keperangan. 
  3. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masuk rempah kari. Tumiskan sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan santan, air dan kerisik. Masukkan terung dan kacau rata.
  6. Masukkan asam keping, garam dan gula. Kacau seketika dengan api yang perlahan sehingga terbit minyak.
  7. Sedia untuk dihidangkan. 
Note:

Cadangan menu sesuai untuk 2-3 orang makan
Cara masak kari terung Cara masak kari terung Reviewed by Lah Mohd on 11:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.