Cara daftar Auto life insurance - Nothing to Somethings

Cara daftar Auto life insurance

Auto life insurance! Pernahkah anda mendengarnya? 

Saya percaya jika ditanya berkenaan Takaful atau perlindungan diri, pasti anda sedia maklum tentang kewujudan dan manfaat yang ditawarkan. Namun, dalam artikel ini bukan perlindungan diri yang ingin saya kongsikan, tetapi berkenaan dengan Auto life insurans.


Apakah Auto life insurans?

Auto life insurans merupakan insurance yang dibeli bertujuan untuk melindungi anda sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal. Dalam kata lain, sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal kepada kepada pemilik kereta yang di insurancekan dengan Auto Life Insurance, maka secara automatik kereta tersebut menjadi milik pewaris secara percuma tanpa perlu melunaskan baki bayaran.


Keadaan bagaimanakah yang melayakkan Auto life insurance diguna pakai

Auto life insurance tidak terhad kepada kematian disebabkan kemalangan sahaja tetapi turut terpakai untuk kes kematian biasa atau hilang upaya kekal. 


Bagaimana untuk membeli Auto life insurance

Untuk membeli Auto life insurance, anda boleh membelinya semasa membeli kereta ataupun selepas membeli kereta. Jika pembelian Auto Life insurance ingin dilakukan selepas kereta dibeli, anda hanya perlu berkunjung ke cawangan bank yang meluluskan pinjaman kereta anda. Contoh, jika pinjaman kereta anda adalah melalui Maybank, maka anda boleh berkunjung ke cawangan Maybank Auto Finance dan memaklumkan anda ingin membeli polisi Auto Life insurance untuk kereta anda. 


Berapakah harga polisi Auto Life Insurance

Harga Auto Life Insurance berbeza-beza bergantung kepada umur, tempoh pinjaman dan baki pinjaman yang ada. Mengikut pengalaman, jika harga kereta bernilai sekitar 100,000 dengan tempoh pinjaman berbaki 9 tahun, maka harga polisi Auto Life insurans yang perlu dibayar adalah sekitar RM800 sahaja.


Adakah Auto Life insurance mempunyai komitmen bulanan?

Tidak, Auto Life insurance hanya perlu dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pinjaman kereta anda aktif. 


Apakah kelayakan untuk membeli Auto Life Insurance

Syarat untuk anda membeli Auto Life insurance adalah, anda mesti berumur diantara 19 hingga 60 tahun dan masih mempunyai pinjaman aktif dengan pihak bank. 
Cara daftar Auto life insurance Cara daftar Auto life insurance Reviewed by Lah Mohd on 23:11:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.