Cara masak mee goreng basah - Nothing to Somethings

Cara masak mee goreng basah

Mee goreng basah
Mee goreng basah

Bahan untuk masak mee goreng basah:

  • 1 paket mee goreng
  • 1 dada ayam (dipotong dadu)
  • Sawi
  • Kubis
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili besar (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
  • 5 sudu besar kicap
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Minyak masak
  • Gula
  • Garam
  • Air

Cara masak mee goreng basah:

1) Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
2) Masukkan ayam. Goreng sehingga separuh masak.
3) Masukkan kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika. 
4) Masukkan garam dan gula. 
5) Masukkan mee, kubis, sawi, cili besar dan tomato. Kacau dan biarkan sehingga masak.
6) Sedia untuk dihidang. 

Note:
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 3-4 orang
Cara masak mee goreng basah Cara masak mee goreng basah Reviewed by Lah Mohd on 08:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.