Cara masak bihun goreng Singapore - Nothing to Somethings

Cara masak bihun goreng Singapore

Bihun goreng Singapore
Bihun goreng Singapore 

Bahan untuk masak bihun goreng Singapore:

  • 1/2 bungkus bihun (direndam hingga lembut dan toskan)
  • 1 bahagian dada ayam (dipotong dadu)
  • Kubis
  • 3 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk)
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris halus)
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Gula
  • Garam
  • Air

Cara masak bihun goreng Singapore:

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan potongan ayam. Kacau sehingga ayam separuh masak.
  3. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, cuka dan sedikit air. Kacau sebati.
  4. Masukkan lobak merah, garam dan gula. Biarkan mendidih seketika.
  5. Masukkan bihun, kubis dan tomato. Gaul rata.
  6. Sedia untuk dihidang.
Note: 
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 2-3 orang
Cara masak bihun goreng Singapore Cara masak bihun goreng Singapore Reviewed by Lah Mohd on 09:25:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.