Cara masak bendi singgan - Nothing to Somethings

Cara masak bendi singgan

Bendi singgan
Bendi singgan 


Bahan untuk masak bendi singgan:

  • 10 biji bendi (dipotong serong)
  • 2 inci lengkuas (dihiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 keping asam keping
  • Garam
  • Air

Cara masak bendi singgan:

  1. Masukkan air, bawang putih, bawang merah, asam keping dan lengkuas ke dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan bendi dan garam. Biarkan sehingga bendi masak.
  3. Sedia untuk dihidang.
Note:
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 2-3 orang

Cara masak bendi singgan Cara masak bendi singgan Reviewed by Lah Mohd on 11:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.