Cara masak bawal sweet sour - Nothing to Somethings

Cara masak bawal sweet sour

Bawal sweet sour 

Bahan untuk masak bawal sweet sour:

  • 2 ekor ikan bawal
  • 2 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 biji cili besar (dipotong nipis)
  • 1/2 inci halia (dipotong halus)
  • Minyak masak
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Air

Bahan dipotong dadu:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 1/2 lobak merah

Cara masak bawal sweet sour:

1)Perapkan ikan dengan sedikit garam selama 15-20 minit.
2)Panaskan minyak masak. Masukkan ikan dan goreng sehingga garing. Ketepikan ikan bawal tersebut.
3)Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih (ditumbuk/dicincang) dan bawang besar (dipotong dadu). Tumis sehingga kekuningan.
4)Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, air asam jawa, serai dan halia. Kacau sehingga mendidih.
5)Masukkan lobak merah. Kacau sehingga masak. Kalau inginkan kuah yang tidak terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air.
6)Masukkan garam, gula dan perasa.
7)Masukkan tomato dan cili besar. Kacau sehingga masak.
8)Ambil ikan bawal yang telah digoreng dan masukkan sos tiga rasa yang telah dimasak.
9)Sedia untuk dihidang

Note:
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 2-3 orang
Cara masak bawal sweet sour Cara masak bawal sweet sour Reviewed by Lah Mohd on 09:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.