Cara masak sotong celup tepung - Nothing to Somethings

Cara masak sotong celup tepung

Sotong celup tepung
Sotong celup tepung 

Bahan untuk masak sotong celup tepung:

  • 500 gram sotong
  • 1 biji telur 
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung ubi kayu
  • 3 sudu besar tepung bestari
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak masak

Cara masak sotong celup tepung:

  1. Gaul sebati tepung jagung, tepung ubi kayu, tepung bestari, garam, serbuk kunyit dan lada hitam. Asingkan ketepi.
  2. Pukul telur sehingga kembang. Asingkan ketepi.
  3. Ambil sotong yang telah dibersihkan.
  4. Masukkan sotong ke dalam bekas telur kemudian celupkan ke dalam bekas tepung. Pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.
  5. Masukkan sotong ke dalam kuali yang telah dipanaskan. Masak sehingga keperangan di dalam api sederhana. 
  6.  Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang. 

Note: 
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 2-3 orang
Cara masak sotong celup tepung Cara masak sotong celup tepung Reviewed by Lah Mohd on 08:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.