Cara masak tumis air cendawan enoki - Nothing to Somethings

Cara masak tumis air cendawan enoki

Tumis air cendawan enoki
Tumis air cendawan enoki

Bahan untuk masak tumis air cendawan enoki:

  • 1 paket cendawan enoki
  • Sawi
  • Tomato
  • 1/2 cili besar (dihiris nipis)
  • 1 paket kecil bebola ikan (dibelah dua)
  • Air 
  • Minyak masak
  • Gula 
  • Garam

Bahan untuk ditumbuk/ dicincang:

  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Cara masak tumis air cendawan enoki:

1) Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang yang ditumbuk/ dicincang sehingga kekuningan
2) Masukkan air dan bebola ikan. Biarkan seketika sehingga mendidih
3) Masukkan garam dan gula
4) Masukkan sawi, cendawan enoki, cili besar dan tomato. Biarkan seketika sehingga masak
5) Sedia untuk dihidang

Note:
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 2-3 orang
Cara masak tumis air cendawan enoki Cara masak tumis air cendawan enoki Reviewed by Lah Mohd on 07:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.