Cara masak sup ayam - Nothing to Somethings

Cara masak sup ayam

Sup ayam
Sup ayam

Bahan untuk masak sup ayam:

  • 6 ketul ayam 
  • 1/2 lobak merah (dipotong nipis)
  • 1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 1 paket perencah sup siam adabi
  • 1/2 bawang besar (dipotong dadu)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • Garam
  • Gula
  • Maggi cukup rasa
  • Minyak masak
  • Air

Bahan untuk dihiris halus:

  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah

Bahan untuk hiasan:

  • Daun sup (dihiris halus) (akarnya boleh dimasukkan ke dalam sup)
  • Cili padi (dihiris halus)

Cara masak sup ayam:

1) Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan
2) Masukkan air, halia dan perencah sup siam. Biarkan mendidih seketika
3) Masukkan ayam, akar daun sup, ubi kentang dan lobak merah. Biarkan sehingga masak
4) Masukkan bawang besar, garam, gula dan maggi cukup rasa. Biarkan seketika
5) Tutup api dan taburkan bahan hiasan
6) Sedia untuk dihidangkan

Note:
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 2-3 orang
Cara masak sup ayam Cara masak sup ayam Reviewed by Lah Mohd on 08:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.