Cara masak nasi goreng kunyit - Nothing to Somethings

Cara masak nasi goreng kunyit

Nasi goreng kunyit
Nasi goreng kunyit 

Bahan untuk masak nasi goreng kunyit:

  • 1 mangkuk nasi  (dileraikan)
  • 2 ketul ayam bahagian isi (dipotong dadu)
  • Sawi 
  • Kubis
  • 1/2 lobak merah (dipotong dadu)
  • 2 biji telur
  • 1 genggam ikan bilis
  • Minyak masak
  • Garam 
  • Gula

Bahan untuk ditumbuk:

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi 
  • 1 inci kunyit hidup

Cara masak nasi goreng kunyit:

1) Panaskan minyak masak. Gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan
2) Masukkan minyak masak. Pecahkan telur dan kacau telur sehingga hancur (eggs scramble). Angkat dan ketepikan. 
3) Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan
4) Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam separuh masak
5) Masukkan garam dan gula
6) Masukkan sayur-sayuran (sawi, kubis, lobak merah)
7) Masukkan nasi yang telah dileraikan. Kacau sehingga masak
8) Masukkan telur (eggs scamble) dan ikan bilis. Kacau sehingga sebati
9) Sedia untuk dihidang

Note:
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 2-3 orang
Cara masak nasi goreng kunyit Cara masak nasi goreng kunyit Reviewed by Lah Mohd on 07:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.