Ikan siakap 3 rasa |
Bahan untuk masak ikan siakap 3 rasa:
- 1 ekor ikan siakap (bersaiz sederhana)
- 2 ulas bawang putih (dicincang/ ditumbuk)
- 1 batang serai (diketuk)
- 3 helai daun limau purut
- 1 biji cili besar (dipotong nipis)
- 1/2 inci halia (dipotong halus)
- Minyak masak
- 5 sudu besar sos cili
- 5 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar air asam jawa
- Garam
- Gula
- Air
Bahan untuk dilumur pada ikan
- 1 biji telur
- 4 sudu besar tepung jagung
Bahan dipotong dadu:
- 1 biji bawang besar
- 1 mangkuk bersaiz sederhana buah nanas
- 1 biji tomato
- 1/2 lobak merah
Cara masak ikan siakap 3 rasa:
1) Perapkan ikan dengan sedikit garam selama 15-20 minit2) Pecahkan telur. Celupkan ikan dalam telur (untuk pastikan tepung jagung betul-betul melekat pada ikan).
3) Lumurkan ikan dengan tepung jagung
4) Panaskan minyak masak. Masukkan ikan dan goreng sehingga garing. Ketepikan ikan tersebut
5) Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Goreng sehingga kekuningan.
6) Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, air asam jawa, serai, halia dan daun limau purut. Kacau sehingga mendidih.
7) Masukkan lobak merah. Kacau sehingga masak. Kalau inginkan kuah yang tidak terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air
8) Masukkan garam dan gula
9) Masukkan nanas, tomato dan cili besar. Kacau sehingga masak
10) Ambil ikan yang telah digoreng dan masukkan sos 3 rasa yang telah siap dimasak.
11) Sedia untuk dihidang

Note:
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 2-3 orang
Cara masak ikan siakap 3 rasa
Reviewed by Lah Mohd
on
07:00:00
Rating:
No comments: