Cara masak ayam masak 3 rasa - Nothing to Somethings

Cara masak ayam masak 3 rasa

Ayam masak 3 rasa
Ayam masak 3 rasa

Bahan untuk masak ayam masak 3 rasa:

  • 6 ketul ayam 
  • 2 ulas bawang (dicincang/ ditumbuk)
  • 1 batang serai (diketuk) 
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 inci halia (dipotong halus)
  • 1 biji cili besar (dipotong nipis)
  • Minyak masak
  • 5 sudu besar sos cili 
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Garam
  • Gula 
  • Air

Bahan dipotong dadu:

  • 1 biji bawang besar 
  • 1 mangkuk bersaiz sederhana buah nanas 
  • 1 biji tomato
  • 1/2 lobak merah

Bahan untuk dilumurkan pada ayam:

  • Garam
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar tepung serbaguna cap bestari

Cara memasak ayam 3 rasa:

1) Perapkan ayam dengan sedikit garam selama 15-20 minit
2) Pecahkan telur. Celupkan ayam ke dalam telur (untuk pastikan tepung jagung dan tepung serbaguna cap bestari betul-betul melekat pada ayam)
3) Lumurkan ayam dengan tepung jagung dan tepung serbaguna cap bestari
4) Panaskan minyak masak. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing. Setelah masak, ketepikan ayam tersebut
5) Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Goreng sehingga kekuningan
6) Masukkan sos  cili, sos tomato, sos tiram, air asam jawa, serai, halia dan daun limau purut. Kacau sehingga mendidih.
7) Masukkan lobak merah. Kacau sehingga masak. (Jika inginkan kuah yang tidak terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air)
8) Masukkan garam dan gula
9) Masukkan nanas, tomato dan cili besar. Kacau sehingga masak
10) Ambil ayam yang telah digoreng dan masukkan sos 3 rasa yang telah siap dimasak
11) Sedia untuk dihidang

Note:

Cadangan menu sesuai untuk hidangan 2-3 orang

Cara masak ayam masak 3 rasa Cara masak ayam masak 3 rasa Reviewed by Lah Mohd on 08:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.