Cara masak tomyam ayam - Nothing to Somethings

Cara masak tomyam ayam

Tomyam ayam
Tomyam ayam

Bahan-bahan untuk masak tomyam ayam

  • 1/2 ekor ayam dipotong dadu/ kecil
  • 1 pek perencah tomyam
  • Sayur campur (kubis, kubis bunga/ brokoli, lobak merah)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 1  biji tomato
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang holland (dihiris nipis)
  • 5 helai daun limau purut (dicarik-carik)
  • 2 batang serai (diketuk/ ditumbuk separa hancur)
  • 2 1/2 cawan air 
  • Minyak masak 
  • 3 tangkai cili merah 
  • 4-5 biji limau kasturi (perah dan ambil air) - kurangkan jika tidak suka masam
  • Garam
  • Gula
  • Maggi cukup rasa

Cara masak tomyam ayam:

1) Panaskan 2 sudu besar minyak masak. Masukkan bawang putih, bawang holland, daun limau purut dan serai. Tumiskan sehingga kekuningan.
2) Masukkan 2 1/2 cawan air. Biarkan mendidih
3) Masukkan perencah tom yam. Biarkan seketika
4) Masukkan ayam. biarkan sehingga ayam tersebut separuh masak.
5) Masukkan sayur campur dan lengkuas
6) Masukkan cili 
7) Masukkan garam, maggi cukup rasa, gula dan perahan air limau kasturi
8) Sebelum api ditutup, masukkan tomato
9) Sedia dihidangkan

Note:
Cadangan menu sesuai untuk hidangan empat orang
Cara masak tomyam ayam Cara masak tomyam ayam Reviewed by Lah Mohd on 07:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.