Peria goreng |
Bahan-bahan untuk masak peria goreng:
1 biji peria saiz sederhana (buang biji dan dipotong nipis)
1 biji telur
1 biji telur
2 ulas bawang putih (dicincang halus/ diketuk)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil maggi cukup rasa
Cara masak peria goreng:
1) Panaskan dua sudu besar minyak masak
2) Tumiskan bawang putih yang telah dicincang halus sehingga kekuningan
3) Pecahkan telur dan kacau bagi memastikan telur hancur
4) Masukkan 2 sudu besar sos tiram (boleh masukkan sedikit air jika suka yang berkuah)
5) Masukkan peria yang telah dihiris nipis dan biarkan seketika
6) Masukkan garam dan maggi cukup rasa
7) Gaul sebati sehingga peria masak sempurna
8) Angkat dan sedia untuk dihidangkan
Note:
1) Masa penyediaan: 10-15 minit
2) Cadangan menu masakan ini sesuai untuk hidangan dua orang
Cara masak peria goreng
Reviewed by Lah Mohd
on
09:59:00
Rating:
No comments: