Pengat pisang |
Bahan untuk masak pengat pisang:
- 10 biji pisang dipotong dua (mengikut jenis pisang kegemaran)
- 100 ml santan
- 3 sudu besar gula (kalau suka manis boleh tambahkan gula atau gula melaka)
- 1/2 sudu kecil garam
- Air
- 1 helai daun pandan
Cara masak pengat pisang:
1) Sediakan periuk dan masukkan santan. Bagi mengelakkan santan berketul, pastikan anda sentiasa mengacaunya2) Setelah mendidih, masukkan gula dan garam. Biarkan seketika
3) Masukkan pisang dan daun pandan
4) Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air (sukatan air bergantung kepada citarasa anda. Jika inginkan kuat yang pekat, kurangkan air)
5) Biarkan pengat mendidih seketika dan sedia untuk dihidangkan
Note:
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 3-4 orang
Cara masak pengat pisang
Reviewed by Lah Mohd
on
21:47:00
Rating:
No comments: