Cara masak kue tiau goreng ayam - Nothing to Somethings

Cara masak kue tiau goreng ayam

Kue tiau goreng ayam
Kue tiau goreng ayam

Bahan untuk masak kue tiau goreng ayam:

  • 1 paket kue tiau
  • 3 ketul isi ayam saiz sederhana (dipotong dadu)
  • Tauge
  • Sawi
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris nipis)
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili besar (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 5 sudu besar kicap
  • 5 sudu sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • Garam
  • Gula
  • Air 

Cara masak kue tiau goreng ayam:

1) Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
2) Masukkan ayam yang dipotong dadu dan goreng sehingga separuh masak
3) Masukkan sos tiram, kicap, sos cili dan sedikit air
4) Masukkan garam dan gula
5) Masukkan lobak merah dan biarkan ianya mendidih seketika
6) Masukkan kue tiau. Kacau rata 
7) Masukkan tauge, sawi, cili besar dan tomato. Kacau dan biarkan seketika sehingga sayur masak 
8) Sedia untuk dihidang

Note: 
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 3-4 orang
Cara masak kue tiau goreng ayam Cara masak kue tiau goreng ayam Reviewed by Lah Mohd on 07:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.