Bahan-bahan untuk masak cekodok pisang (jemput-jemput pisang):
- 1 cawan tepung gandum
- 15 biji pisang bersaiz kecil
- Air
- 1/2 sudu kecil mauripan/ yis (dibancuh bersama sedikit air suam)
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 3 sudu besar gula (kalau suka manis, boleh lebihkan)
Cara masak cekodok pisang (jemput-jemput pisang):
1) Lenyek pisang sehingga tidak berketul
2) Masukkan tepung gandum. Kacau adunan sehingga sebati
3) Masukkan sedikit air (Jika adunan cair, masukkan sedikit tepung)
4) Masukkan gula, garam dan mauripan/ yis. Kacau adunan sehingga sebati.
5) Biarkan adunan sekitar 1 jam supaya adunan kembang
6) Panaskan minyak
7) Dengan menggunakan sudu, bentuk adunan sebesar bola pingpong dan masukkan ke kuali
8) Biarkan seketika sehingga cekodok kekuningan
9) Sedia untuk dihidang
Note:
1) Cadangan menu masakan ini sesuai untuk hidangan 2-3 orang
Cara masak cekodok pisang (jemput-jemput pisang)
Reviewed by Lah Mohd
on
07:00:00
Rating:
No comments: