Cara goreng nasi goreng kampung - Nothing to Somethings

Cara goreng nasi goreng kampung

Nasi goreng Kampung
Nasi goreng kampung

Bahan untuk masak nasi goreng kampung:

  • 2 mangkuk nasi (dileraikan) - mangkuk saiz sederhana
  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 biji telur
  • Sayur campur (sawi, kubis, 1/2 batang lobak merah dihiris nipis)
  • 2 biji cili padi (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Garam halus
  • Maggi cukup rasa
  • Minyak masak

Cara masak nasi goreng kampung:

1) Panaskan 1 sudu besar minyak masak
2) Gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan
3) Masukkan 1 sudu besar minyak masak. Pecahkan telur dan kacau telur sehingga hancur (eggs scrambler). Angkat dan ketepikan. 
4) Panaskan 1 sudu besar minyak. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
5) Masukkan 3 sudu besar sos tiram, secubit garam dan secubit maggi cukup rasa
6) Masukkan sayur  dan cili padi. Kacau sehingga masak
7) Masukkan nasi yang telah dileraikan. Gaul sehingga rata
8) Masukkan ikan bilis goreng dan eggs scamble.  Kacau sehingga rata
9) Sedia untuk dihidang

Note: 
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 2-3 orang
Cara goreng nasi goreng kampung Cara goreng nasi goreng kampung Reviewed by Lah Mohd on 09:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.