Maggi Goreng Ayam |
Bahan-bahan untuk maggi goreng ayam:
2 paket maggi goreng bersama perencah
2 ulas bawang putih dicincang halus
Kubis (atau sayur lain yang digemari)
1/2 batang lobak merah
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 ketul peha ayam dipotong dadu (potongan kecil)
5 sudu besar kicap
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
Garam
1 sudu kecil serbuk kunyit (untuk digaul bersama ayam)
1/2 sudu kecil maggi cukup rasa
Cara masak Maggi goreng ayam:
1) Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan maggi. Rebus maggi sehingga separuh masak (jangan terlalu kembang). Keluarkan maggi dan toskan air
2) Goreng potongan ayam yang digaul kunyit dan 1 sudu kecil garam sehingga kekuningan. Keluarkan apabila masak
3) Di kuali sama, panaskan satu sudu besar minyak
4) Tumiskan bawang putih yang telah dicincang halus sehingga kekuningan
5) Masukkan 5 sudu besar kicap, 3 sudu besar sos tiram dan 3 sudu besar sos cili
6) Masukkan secubit garam, perencah maggi dan cukup rasa
7) Masukkan kubis, lobak merah dan cili
8) Masukkan ayam yang telah di goreng
9) Masukkan maggi dan tomato
10) Kacau sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan
Note:
1) Masa penyediaan: 10-15 minit
2) Cadangan menu masakan ini sesuai untuk hidangan dua orang
Cara goreng maggi goreng ayam
Reviewed by Lah Mohd
on
14:10:00
Rating:
No comments: