Cara goreng bihun goreng ayam - Nothing to Somethings

Cara goreng bihun goreng ayam

Bihun goreng ayam
Bihun goreng ayam

Bahan untuk masak bihun goreng

  • 1/2 bungkus bihun (direndam hingga lembut dan toskan)
  • 1 peha + tight ayam dipotongan dadu (boleh lebihkan ayam jika suka lauk banyak)
  • 1 biji bawang besar holland (dihiris nipis)
  • Sawi
  • Kubis
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Gula
  • Maggi cukup rasa
  • Garam
  • Air 

Bahan hiasan bihun goreng ayam:

  • Daun sup
  • Cili merah 
  • Limau kasturi

Cara masak bihun goreng ayam:

1) Panaskan minyak masak 
2) Tumiskan bawang putih dan bawang holland yang di hiris sehingga kekuningan
3) Masukkan 3 sudu besar cili kering kisar dan kacau rata. Pastikan cili kering tersebut betul-betul garing dan pecah minyak
4) Masukkan ayam yang dipotong dadu dan goreng sehingga separuh masak
5) Masukkan sos tiram, kicap, sos cili, garam, gula, maggi cukup rasa dan sedikit air
6) Gaul rata sehingga sambal tersebut pecah minyak
7) Masukkan lobak merah dan biarkan ianya mendidih seketika
8) Masukkan bihun. Kacau rata 
9) Masukkan kubis, sawi dan tomato. Kacau dan biarkan seketika 
10) Setelah sayur masak, tutupkan api taburkan bahan-bahan hiasan
11) Sedia untuk dihidang

Note: 
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 2-3 orang
Cara goreng bihun goreng ayam Cara goreng bihun goreng ayam Reviewed by Lah Mohd on 22:11:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.