Cara servis kereta di pusat servis kenderaan - Nothing to Somethings

Cara servis kereta di pusat servis kenderaan

Servis kereta di pusat servis?

Sedia maklum, bagi kereta baru yang masih dalam tempoh waranty, anda perlu melakukan pemeriksaan berkala mengikut tempoh yang ditetapkan. Sebagai panduan berikut saya kongsikan cara untuk servis kereta di pusat servis.

Cara untuk servis kereta di pusat servis

1- Semak kilometer perjalanan/ tempoh (bulan)

Sedia maklum, kereta perlu diservis apabila kilometer perjalan atau tempoh penggunaan telah mencapai tempoh yang ditetapkan. Dalam hal ini, cara penggunaan kereta memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada kereta anda telah mencapai kilometer atau tempoh penggunaan. Sekiranya anda kerap melakukan perjalanan jarak jauh, maka saya percaya kereta anda akan diservis berdasarkan kilometer. Manakala, bagi anda yang hanya menggunakan kereta bagi pejalanan pendek, maka kereta anda perlu diservis apabila telah mencapai tempoh penggunaannya.


 

2- Urus temujanji

Urus temujanji merupakan perkara wajib anda lakukan sebelum anda ke pusat servis kereta. Ini bagi mengelakkan anda terpaksa menunggu lama atau pulang hampa disebabkan slot servis telah penuh. Untuk membuat temujanji, anda hanya perlu hubungi  pusat servis yang ingin dikunjungi sahaja.

 

3- Bawa kereta ke pusat servis

Setibanya di hari temujanji, anda perlu membawa kereta anda ke pusat servis. Parkir kereta ditempat disediakan dan terus ke kuanter servis untuk dapatkan giliran anda.

 

4- Tunggu dan bayar

Tempoh menunggu dan jumlah bayaran bergantung kepada servis yang dilakukan. Sekiranya banyak komponen diperiksa dan ditukar, maka lamalah anda perlu menunggu dan tinggilah jumlah bilnya. Untuk anggaran kos penyelenggaran, anda boleh menyemak buku panduan servis yang disediakan untuk kereta anda. Secara kasar, tempoh menunggu kenderaan di servis adalah sekitar 1 jam 30 minit hingga 3 jam.  

 

5- Sedia untuk pulang

Tahniah, kereta anda telah sedia untuk dibawa  pulang. Untuk servis ulangan perkara 1-4 perlu dilakukan apabila sampai kilometer atau tempoh penggunaan kereta telah mencapai limitnya.
Cara servis kereta di pusat servis kenderaan  Cara servis kereta di pusat servis kenderaan Reviewed by Lah Mohd on 10:19:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.