Saloma Link?
Sedia maklum, Saloma Link merupakan sebuah jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang dibuka secara rasmi pada awal Februari 2020. Saloma link menghubungkan antara Jalan Raja Muda Musa 1 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak bersebelahan dengan Menara Public Bank dan berdekatan dengan Menara KLCC.
Saloma Link |
Lebih menarik, disepanjang Saloma Link disediakan tempat bergambar berlatar belakangkan Menara KLCC. Sekiranya anda berkunjung diwaktu malam, anda akan terpukau dengan sistem pencahayaan yang dipasang.
Saloma Link |
Bagi anda yang berkunjung ke Kuala Lumpur atau lebih spesifik KLCC adalah wajib untuk anda singgah dan bergambar di Saloma Link. Ini kerana, Saloma Link antara lokasi menarik untuk anda bergambar kenangan berlatar belakangkan KLCC. Untuk makluman, Saloma Link sesuai untuk digunakan oleh pelbagai peringkat umur termasuk OKU.
Saloma Link |
Cara ke Saloma Link
Bagi anda yang menggunakan pengangkutan awam (terutamanya LRT), untuk ke Saloma Link anda mempunyai dua pilihan sama ada melalui Stesen LRT KLCC atau Kampung Baru. Sekiranya anda dari Stesen LRT KLCC, setibanya distesen anda perlu berjalan keluar ke arah bangunan Public Bank. Dalam hal ini, laluan ke Saloma Link berada di sebelah kiri bangunan Publib Bank. Jarak dari bangunan Public Bank ke Saloma Link adalah sekitar 1-3 minit berjalan.Manakala, sekiranya anda dari Stesen LRT Kampung Baru, setibanya di stesen anda perlu keluar dan berjalan ke arah kiri. Jarak dari pintu keluar Stesen LRT Kampung Baru ke Saloma Link adalah sekitar 1-2 minit berjalan.
Cara ke Saloma Link Kuala Lumpur
Reviewed by Lah Mohd
on
13:57:00
Rating:
No comments: