Cara ke Pine Tree Hill dan Twin Peak - Nothing to Somethings

Cara ke Pine Tree Hill dan Twin Peak

Pine Tree Hill/ Trail dan Twin Peak?

Bagi seorang pendaki, Pine Tree Hill dan Twin Peak tidak asing lagi. Mana tidaknya lokasi ini sentiasa menjadi sebutan dan pakej kesini kerap dianjurkan oleh guide. Selain itu, Pine Tree Hill dan Twin Peak turut terkenal dengan udara yang sejuk dan terletak di tanah tinggi Fraser's hill. 

Image may contain: one or more people, people standing, tree, sky, plant, outdoor and nature
Pine Tree Hill
Bagi anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur, untuk ke Pine Tree Hill dan Twin Peak tidaklah sukar. Ini kerana, dengan hanya memandu sekitar 2 jam melalui Kuala Kubu Bharu anda akan tiba di destinasi ini. Dalam hal ini, anda boleh tetapkan waze anda ke 'Pine Tree Trail'.

Dari segi masa dakian, bagi anda yang baru menceburkan diri dalam aktiviti ini, anda mungkin perlu luangkan masa sekitar 4 jam untuk ke puncak. Manakala, untuk turun anda mungkin perlu luangkan masa sekitar 3 jam. 

Dari segi permukaan trek, Pine Tree Trail boleh diketogerikan sebagai sederhana sukar. Dalam hal ini, anda perlu melalui trek bertangga kayu, batu dan trek tanah liat. Pada bahagian akhir trek iaitu sebelum tiba ke puncak, anda perlu mendaki dengan menggunakan tali. Dianggarkan kecerunan trek adalah 70 hingga 80 darjah. 

Image may contain: 1 person, plant, flower and outdoor
Lumut di puncak Pine Tree
Mengikut pemerhatian saya, secara keseluruhan trek Pine Tree tidak ubah seperti trek dakian ke Gunung Nuang melalui Hulu Langat. Yang membezakannya ialah trek Pine Tree tidak terdapat laluan bersimen, manakala trek Gunung Nuang terdapat trek bersimen. Bagi anda yang pernah melakukan dakian di Gunung Nuang, anda mungkin boleh menggambarkannya.

Meskipun permukaan trek menyerupai trek ke Gunung Nuang, namun sepanjang trek Pine Tree tidak terdapat sebarang punca air bersih untuk diminum. Justeru itu, sebelum memulakan dakian, pastikan anda membawa bekalan air yang mencukupi. 

Video trek ke puncak Pine Tree dan Twin Peak

Note:
1- Bagi anda yang memandu sendiri, pastikan petrol kereta anda di isi penuh. Ini kerana tidak terdapat stesen minyak di tanah tinggi Fraser's Hill. 

2- Pastikan anda membawa pakaian yang sesuai. Ini kerana, suhu sepanjang trek ke Pine Tree Hill agak sejuk terutamanya di puncak. 
Cara ke Pine Tree Hill dan Twin Peak Cara ke Pine Tree Hill dan Twin Peak Reviewed by Lah Mohd on 23:44:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.