Bahan untuk Kuih Puteri Mandi
Bahan 1
500g tepung pulut
1 cawan air dibancuh 1 sudu kecil kapur
Pewarna (contoh kuning, hijau, merah)
Bahan 2
5 sudu gula (secukup rasa)/ atau gula melaka
1 biji kelapa (diparut)
1 sudu kecil garam (sekucup rasa)
1 cawan air
2 helai daun pandan
Cara penyediaan Kuih Puteri Mandi
Bahan 1
1- Masukkan tepung pulut ke dalam bekas
2- Tambah air sedikit demi sedikit dan diuli sehingga doh tidak melekat di tangan (tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik)
3- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian untuk tujuan dimasukkan pewarna
4- Masukkan pewarna ke setiap doh yang diasingkan dan uli doh sehingga sebati dengan pewarna
5- Bentukkan/ gentel doh kepada saiz sebesar ibu jari dan tekan sedikit di bahagian tengah supaya menjadi sedikit leper. Ulangi langkah ini sehingga semua doh habis dibentuk/ gentel.
6- Panaskan air. Apabila air mendidih masukkan doh yang telah dibentuk/ gentel sebesar ibu jari ke dalam air mendidih.
7- Biarkan doh beberapa minit di dalam air rebusan atau tunggu sehingga doh terapung. (Note: Doh masak apabila ianya telah terapung)
Bahan 2
1- Panaskan kuali
2- Campurkan bahan 2 dan kacau sehingga masak
3- Masukkan doh yang siap direbus ke dalam kuali bahan 2 dan kacau sehingga sebati.
Siap untuk dihidang. Selamat mencuba..
thankyou for sharinggg
ReplyDelete