Cara buka channel YouTube - Nothing to Somethings

Cara buka channel YouTube

YouTube Channel?

Sedia maklum, YouTube merupakan platform yang digunakan untuk berkongsi video di peringkat global. Dalam kata lain dengan memiliki channel YouTube anda boleh berkongsi video menarik anda kepada umum. Dalam hal ini, untuk memuat naik video ke YouTube anda hanya perlu menekan beberapa fungsi di dalam Youtube  dan video anda sudah tersedia untuk ditonton. 

Selain itu, tahukah anda dengan memiliki channel YouTube anda juga boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Jumlah pendapatan ini bergantung sepenuhnya kepada usaha anda. Semakin banyak video menarik yang dimuat naik ke YouTube, semakin tinggi peluang anda untuk menerima jumlah pendapatan yang besar.  Ini kerana, dengan jumlah video yang banyak, kebarangkalian untuk video anda ditonton juga adalah tinggi.

Namun, sebelum membolehkan anda memuat naik video dan menjana pendapatan melalui YouTube, anda seharusnya memiliki channel YouTube anda sendiri. 

Jadi, bagaimanakah caranya untuk membuka channel YouTube sendiri. Bagi membantu anda membuka channel YouTube dan menjana pendapatan melalui YouTube, berikut disediakan toturial lengkap untuk anda.


Cara buka Channel YouTube

1- Daftar Gmail

Bagi anda yang belum memiliki akaun Gmail, untuk membuka Channel YouTube, terlebih dahulu anda harus mendaftar akaun Gmail. Untuk membuka akaun Gmail, anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah sehingga proses pendaftaran anda berjaya.

Bagi anda yang telah memiliki akaun Gmail, anda boleh terus ke langkah 2 di bawah.


2- Login ke YouTube

Untuk login ke akuan YouTube, anda hanya perlu masukkan alamat email dan password yang telah didaftarkan.


3- Klik Icon akaun anda

Setelah berjaya login ke akaun YouTube, anda perlu klik icon akaun anda di bahagian atas penjuru kanan. Selepas anda klik icon akaun tersebut, paparan dibawah akan terhasil. Pada bahagian ini anda perlu klik 'Create a Channel'.




4- Klik 'Get Started'

Selapas anda klik 'Create a channel' paparan dibawakan akan terhasil. Pada bahagian ini anda perlu klik 'Get started'.



4- Pilih medium untuk buka Channel YouTube

Pada bahagian ini anda boleh memilih sama ada untuk membuka Channel YouTube menggunakan akaun Gmail ataupun nama page atau brand anda. Sekiranya anda ingin menggunakan nama sendiri, klik 'Use Your Name'.



5- Tahniah channel YouTube anda berjaya di buka

Tahniah, anda telah berjaya membuka channel YouTube anda sendiri. Selepas paparan dibawah terhasil, anda bolehlah mula memuat naik video menarik anda untuk ditonton oleh pengguna YouTube di seluruh dunia.



Jana pendapatan melalui YouTbe?

Bagi anda yang ingin menjana pendapatan melalui YouTube, terlebih dahulu anda perlu melakukan permohonan dengan Google Adsense YouTube. Setelah permohonan anda di luluskan, maka anda bolehlah mula menerima pendapatan melalui iklan yang dipaparkan di dalam video anda.

Baca juga: Cara mohon Google Adsense untuk YouTube (Coming Soon)
Cara buka channel YouTube Cara buka channel YouTube Reviewed by Lah Mohd on 02:21:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.