Ke Pulau Tioman dari Kuala Lumpur?
Nak ke Pulau Tioman tapi tiada kenderaan sendiri?
Bagi anda yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, untuk ke pulau Tioman anda tidak perlu risau. Ini kerana dari Kuala Lumpur anda boleh ke pulau Tioman dengan hanya menaiki bas. Bas akan berhenti di stesen bas berhampiran dengan jeti ke Pulau Tioman yang mana anda hanya perlu berjalan 5-15 minit ke jeti.
Memandangkan terdapat dua jeti ke pulau Tioman, anda boleh memilih sama ada untuk jeti Mersing atau Tanjong Gemuk. Namun begitu disarankan untuk anda ke pulau Tioman melalui jeti Tanjung Gemuk. Ini kerana, perjalanan feri di Tanjung Gemuk adalah mengikut jadual berbanding jeti Mersing yang mana bergantung kepada pasang surut air.
Sebelum menaiki feri, pastikan anda tahu di jeti mana anda perlu turun. Ini kerana, di Pulau Tioman terdapat lima jeti utama iaitu:
1- Jeti Genting
2- Jeti Paya
3- Jeti Tekek
4- Jeti Batang Air
5- Jeti Salang
Secara umumnya, terdapat dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau Tioman iaitu CataFerry dan BlueWater Express. Jadual perlepasan pula berbeza-beza mengikut jenis feri. Untuk makluman, sebelum memasuki Pulau Tioman anda akan dikenakan bayaran Taman Laut RM5 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak). Bagi pelancong asing pula, anda dikenakan bayaran Taman Laut RM30 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak).
Dari segi masa perjalanan, secara purata anda akan tiba di Pulau Tioman selepas 90 - 150 minit menaiki feri bergantung kepada lokasi jeti anda turun. Semasa promosi anda boleh dapatkan tiket dua hala (pergi dan balik) serendah RM30 dan RM70 tanpa promosi .
Bagi memudahkan anda merancang perjalana, berikut saya kongsikan cara untuk ke Pulau Tioman dengan bas dari Kuala Lumpur.

1- Ke Pulau Tioman dengan bas melalui Jeti Mersing
Dari Kuala Lumpur (TBS) anda boleh menaiki bas dari mana-mana syarikat asalkan ianya ke jeti Mersing. Namun begitu disarankan untuk anda menaiki bas paling akhir iaitu sekitar jam 11 malam. Ini kerana, setibanya di jeti Mersing anda boleh terus tunggu atau mendapatkan tiket feri ke Pulau Tioman. Dengan harga sekitar RM41 - RM46 sehala, perjalanan dari TBS ke jeti Mersing mengambil masa sekitar 4-5 jam. Setibanya di Jeti Mersing anda hanya perlu berjalan sekitar 10-15 minit ke Jeti.
2- Ke Pulau Tioman dengan bas melalui Jeti Tanjung Gemuk
Dari Kuala Lumpur (TBS) anda boleh menaiki bas dari mana-mana syarikat asalkan ianya ke jeti Tanjung Gemuk. Memandangkan perjalanan dari Kuala Lumpur (TBS) mengambil masa sekitar 5 jam, disarankan untuk anda menaiki bas paling akhir iaitu sekitar jam 11.30pm. Ini kerana, setibanya di jeti Tanjung Gemuk anda boleh terus ke jeti untuk menunggu atau membeli tiket feri paling awal ke Pulau Tioman. Untuk makluman, harga tiket bas dari Kuala Lumpur ke Jeti Tanjung Gemuk adalah sekitar RM33 - RM41 sehala. Setibanya di stesen bas Tanjung Gemuk, anda hanya perlu berjalan sekitar 5-10 minit ke Jeti.
Note:
Sekiranya anda merancang ke Pulau Tioman di waktu puncak (hari minggu atau cuti umum), disarankan anda untuk membeli tiket awal. Ini kerana, sekiranya tiket dibeli disaat akhir di khuatiri anda tidak sempat untuk membelinya. Tiket feri boleh dibeli secara online melalui syarikat feri CataFerry atau BlueWater Express. Dengan membeli online, anda mungkin boleh merebut tiket promosi dari CataFerry.

Cara ke Pulau Tioman dengan bas dari Kuala Lumpur
Reviewed by Lah Mohd
on
15:49:00
Rating:
No comments: