Cara buat claim dengan Etiqa Travel Insurance - Nothing to Somethings

Cara buat claim dengan Etiqa Travel Insurance

Flight delay? 
Cancellation? 
Missed travel connection?
Baggage delay?
Damage or losses?
Accident?

Dah beli Travel Insurance tapi tidak tahu cara untuk claim?

'Malang tidak berbau'. Itu antara ungkapan yang sering digunakan apabila anda ditimpa kemalangan atau perkara buruk. Lebih malang apabila anda tidak mempunyai sebarang polisi Travel Insurance untuk melindungi perbelanjaan anda.

Namun bagi mereka yang memiliki polisi Travel Insurance, meskipun anda mengalami kemalangan atau perkara buruk semasa bercuti, semua perbelajaan tambahan yang disenaraikan dalam polisi Insurance akan dibayar balik kepada anda. Mana tidaknya, dengan hanya mengemukan bukti anda akan memperolehi pampasan yang setimpal.

Namun, bagaimanakah caranya untuk membuat claim/ tuntutan dengan Travel Insurance?

Memandangkan pada November 2019 flight saya dari Tawau ke Kuala Lumpur telah mengalami kelewatan selama 2 jam 45 minit, maka saya layak untuk membuat claim/ tuntutan flight delay. Sebagai panduan bersama, berikut saya kongsikan cara untuk buat claim/ tuntutan dengan Etiqa Travel Insurance.


Cara buat claim/ Tuntutan dengan Etiqa Travel Insurance

1- Pilih medium perhubungan

Sedia maklum, untuk melakukan claim/ tuntutan pihak Etiqa Travel Insurance menyediakan lima medium perhubungan iaitu walk-in, e-form, call, email dan whatsapp. Namun mengikut pendapat peribadi, walk-in dan call adalah cara paling cepat untuk anda membuat claim/ tuntutan dengan pihak Etiqa Travel Insurance. Ini kerana, dengan menggunakan medium ini, anda akan berhubung terus dengan pegawai mereka. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemuskilan anda boleh terus bertanyakan hal tersebut kepada mereka.

Meskipun walk-in dan call merupakan cara paling cepat untuk berhubung dengan pihak Etiqa Travel Insurance, namun semasa membuat claim/ tuntutan saya hanya menggunakan whatsapp sahaja. Dalam hal ini, anda hanya perlu ikuti beberapa langkah yang diarahkan di mesej whatsapp anda. 

Untuk membuat tuntutan melalui whatsapp anda hanya perlu membuka link Whatsapp Etiqa Travel Insurance dan klik 'send'. Selepas anda klik 'send' anda akan dibawa ke page whatsapp dan anda akan menerima satu whatsapp balas dari pihak Etiqa Travel Insurance. Dalam hal ini, anda perlu memilih bahasa dan seterusnya ikuti arahan daripada pihak Etiqa Travel Insurance. Secara umumnya, anda hanya perlu membalas pilihan nombor yang diberi.

Whatsapp balas Etiqa Travel Insurance 

Pada bahagian ini juga, anda akan diminta untuk mengemukakan nombor polisi, tarikh kejadian, maklumat bank dan dokumen sokongan (Contoh, surat pengesahan flight delay dari syarikat penerbangan/ agent, dll). 

Selepas dokumen sokongan dihantar, anda akan menerima satu whatsapp balas yang menyatakan dokuemen anda mencukupi atau sebaliknya. Sekiranya semua dokumen dan maklumat yang dikemukan mencukupi dan tuntutan berjaya, anda akan menerima claim/ tuntutan anda dalam masa 3 hari bekerja.

Whatsapp balas Etiqa Travel Insurance 


2- Terima tuntutan

Tahniah... Claim/ tuntutan anda berjaya. Dalam hal ini, anda boleh menyemak akaun bank anda selepas 3 hari bekerja.
Cara buat claim dengan Etiqa Travel Insurance Cara buat claim dengan Etiqa Travel Insurance Reviewed by Lah Mohd on 12:02:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.