Masa sesuai untuk bercuti ke luar negara?
Pernahkah anda terfikir, bilakah masa sesuai untuk bercuti ke luar negara? Saya percaya ramai di antara tidak pernah mengambil tahu tentang perkara ini.
Anak bersekolah mungkin menjadikan faktor penyebab anda hanya bercuti semasa musim cuti sekolah dihujung tahun.
Sebagai contoh, semasa bulan 12 di Malaysia, beberapa kawasan tumpuan seperti Cameron Highlands sesak dengan pengunjung.
Namun, sedarkah anda sekiranya anda merancang percutian, anda boleh berjimat. Semasa 'Low Season' anda mungkin boleh berjimat ratusan ringgit. Mana tidaknya harga hotel ada kalanya murah hampir 50% daripada harga semasa 'Peak Season'. Lebih menarik, anda mungkin akan menerima harga promosi semasa menempah tiket penerbangan dan kereta untuk disewa semasa bercuti.
Selain itu, semasa 'Low Season' anda boleh bercuti dengan tenang. Ini kerana, semestinya tidak ramai pengunjung pada masa tersebut. Jadi anda boleh bergambar dengan lebih lama selain gambar anda tidak diganggu oleh pengunjung lain.
Jadi bilakah masa sesuai untuk bercuti ke luar negara?
Musim luruh di Wanaka, New Zealand |
Jadi bilakah masa sesuai untuk bercuti ke luar negara?
Bagi percutian ke negara tidak bermusim seperti negara ASEAN, masa terbaik untuk anda bercuti adalah sekitar penghujung bulan 3 hingga 9. Ini kerana, pada masa ini di negara 4 musim, penduduk mereka sedang menikmati peralihan antara musim bunga, panas dan luruh. Jadi mereka kurang untuk keluar bercuti. Perkara ini disahkan sendiri oleh pekerja hotel semasa saya bercuti ke sebuah pantai peranginan terkenal di Thailand. Menurut pekerja tersebut, tempoh ini dianggap 'Low Season' kerana kurang menerima pelancong. Bilik hotel juga banyak kosong.
Dalam hal ini, bagi pelancong mereka lebih tertarik untuk ke negara 4 musim terutamaya semasa musim bunga dan luruh. Ini kerana secara logiknya negara 4 musim lebih menarik untuk dikunjungi pada ketika ini.
Pertembungan diantara penduduk setempat dan pelancong ini menjadikan negara 4 musim lebih padat dan permintaan untuk produk pelancongan juga tinggi. Jadi tidak mustahil anda turut akan dikenakan kadar sewaan yang tinggi.
Manakala, pada musim sejuk atau sekitar bulan 11 hingga 2, biasanya penduduk di negara 4 musim akan keluar bercuti. Meskipun kita gemar untuk bermain salji, namun bagi mereka yang telah biasa, musim sejuk akan cuba untuk dielakkan. Perkara ini diakui sendiri oleh seorang pelancong yang saya temui semasa penerbangan dari New Zealand ke Malaysia, dan semasa bercuti di Jepun.
Jika ditanya pendapat peribadi tentang percutian di musim sejuk, saya sendiri tidak menyukainya. Ini kerana sejuknya bukan seperti anda bercuti ke kawasan tanah tinggi di Malaysia, tapi sejuk yang melampau. Jika tidak disediakan kasut yang sesuai, adalah mustahil untuk anda berjalan di atas salji bagi tempoh yang lama. Manakala, jika tidak dipakai pakaian tebal anda mungkin mati kesejukan. Dari segi kosnya pula, anda mungkin perlu berbelanja besar untuk satu percutian singkat. Kasut/ boots shoes, baju, jaket, topi, sarung tangan antara peralatan asas yang wajib dibawa. Jika anda jenis tidak tahan sejuk mungkin anda perlu membeli Heat pad untuk memanaskan badan.

Jadi bagaimana pula jika anda ingin melihat dan merasai musim bunga dan luruh?
Mengikut pengalaman peribadi, masa sesuai untuk bercuti di musim bunga dan luruh adalah semasa di luar waktu puncak musim tersebut dan diluar kawasan tumpuan. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin bercuti di musim bunga di Jepun anda boleh melawatnya sebelum atau selepas waktu jangkaan bunga sakura akan mekar. Tapi bagi saya, saya lebih suka untuk bercuti selapas waktu jangkaan. Ini kerana, pada masa ini pohon sakura yang tidak mekar mengikut jangkaan akan mekar cantik.
Selain itu, sedia maklum bunga tidak mekar serentak dalam satu-satu masa. Biasanya bunga akan mekar secara berperingkat mengikut daerah. Dalam hal ini, biasanya lokasi pertama bunga akan mekar adalah didaerah pertama salji mencair.
Lokasi bermain luncur salji di Hakuba, Jepun |
Lebih menarik, jika anda berkunjung ke kawasan sekitar pergunungan anda mungkin boleh merasai salji. Sebagai contoh semasa bercuti ke Jepun, saya boleh melihat bunga yang sedang mekar (sakura, tulip dan beberapa bunga lain) dan bermain salji. Manakala, bagi anda yang ingin bercuti semasa musim luruh, anda boleh melakukan perkara yang sama.
Masa sesuai untuk bercuti keluar negara
Reviewed by Lah Mohd
on
13:11:00
Rating:
No comments: