Cara sah bahasa dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Online - Nothing to Somethings

Cara sah bahasa dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Online

Sah bahasa dengan Dewan Bahasa dan Pustaka?

Bagi anda yang ingin memohon papan tanda, papan iklan, kain rentang, bunting, nama bangunan dan seumpanya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sememangkan akan menjadi tempat rujukan. Mana tidaknya, ini kerana salah satu syarat untuk memohon lesen/ permit pemasangan papan tanda, papan iklan, kain rentang, bunting atau penggunaan nama bangunan, anda perlu terebih dahulu membuat pengesahan penggunaan bahasa  melayu dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Memandangkan baru-baru ini saya telah membuat permohonan sah bahasa melayu dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai rujukan dan panduan bersama di sini saya kongsikan caranya.


Cara sah bahasa dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Online

1- Log-in/ Daftar Pengguna

Bagi anda yang pertama kali ingin membuat permohonan sah bahasa, anda perlu daftar pengguna. Untuk daftar pengguna anda perlu klik 'Daftar Akaun'. Antara maklumat yang perlu di isi adalah seperti jenis pendaftaran, nama, no telefon, no ic, alamat surat menyurat, email dan kata  lalaun. Selepas maklumat di isi anda hanya perlu klik 'Daftar'. Selepas anda klik 'Daftar' satu emel akan dihantar kepada anda. Dalam hal ini, anda perlu buka email tersebut dan klik pautan yang diberi untuk mengaktifkan pendaftaran anda. 

Manakala, bagi anda yang telah mempunyai akaun pengguna dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, anda boleh terus log-in.

Dewan Bahasa dan Pustaka - Sah bahasa


2- Pilih kategori daftar pemohon

Pada bahagian ini anda diberi 3 pilihan iaitu daftar iklan, daftar penamaan dan daftar dokumen. Sebagai contoh, jika anda ingin membuat permohonan sah bahasa bagi penggunaan bahasa melayu di papan iklan, klik sahaja daftar iklan. 

Note:
i- Daftar iklan
Daftar iklan digunakan jika anda ingin sah bahasa bagi penggunaan bahasa melayu di papan iklan, kain rentang, poster, badan kenderaan, bunting, papan tanda niaga atau seumpanya sebelum anda memohon lesen dengan PBT.

ii- Daftar Penamaan
Daftar penamaan digunakan jika anda ingin sah bahasa bagi penggunaan bahasa melayu pada bangunan, kawasan perumahan, tempat awam dan jalan.

iii- Daftar dokumen
Daftar dokumen digunakan jika anda ingin sah bahasa bagi penggunaan bahasa melayu dalam dokumen rasmi dan umum.

Dewan Bahasa dan Pustaka - Sah bahasa


3- Daftar pemohon

Selepas anda klik daftar iklan, paparan seperti dibawah akan terhasil. Pada bahagian ini anda perlu mengisi maklumat berkait papan iklan anda. Antara maklumat yang perlu di isi adalah seperti tajuk iklan, jenis iklan dan lokasi papan iklan akan dipasang. Selain itu anda juga perlu memuat naik contoh papan iklan yang akan digunakan. 

Dewan Bahasa dan Pustaka - Sah bahasa


4- Buat bayaran

Untuk membuat bayaran, pada bahagian akhir langkah 3 anda perlu klik 'Bayar'. Selain itu, pautan bayar juga turut terdapat di page utama (Home) - Rujuk gambar di bawah. 

Dewan Bahasa dan Pustaka - Sah bahasa

Selepas anda klik 'bayar', paparan berikut akan terhasil. Pada bahagian ini anda perlu tik / tanda ruang iklan yang ingin dibayar, cara bayaran dan pengesahan panduan dan terma bayaran . Selepas semua ruang di tik/ tanda, anda perlu klik Bayar

Dewan Bahasa dan Pustaka - Sah bahasa

Untuk membuat bayaran secara onine, anda diberi pilihan sama ada melaui kad kredit. debit atau perbankan atas talian. Contoh, jika anda ingin membuat bayaran melalui CIMBClicks, anda perlu klik simbol CimbClicks. 

Dewan Bahasa dan Pustaka - Sah bahasa

Selepas anda klik CimbClicks, anda akan dibawa ke page CimbClicks untuk log-in. Pada bahagian ini anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah sehingga proses transaksi bayaran berjaya. Untuk makluman, prosesnya sama seperti transaksi online lain. 

Note: Harga yang dikenakan berbeza-beza bergantung kepada jenis permohonan dan harga minimum yang dikenakan bermula RM10. Secara kasar, permohonan anda akan diproses dalam masa 3-7 hari bekerja. 
Cara sah bahasa dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Online Cara sah bahasa dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Online Reviewed by Lah Mohd on 11:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.