Cara order Domino's Pizza delivery online - Nothing to Somethings

Cara order Domino's Pizza delivery online

Cara order Domino's Pizza delivery Online?

Malas untuk keluar rumah merupakan alasan penting untuk anda melakukan pembelian secara online. Dengan hanya melakukan beberapa klik dan diakhiri dengan satu transaksi pembayaran, makanan anda dihantar sehingga ke pintu rumah. Dalam kata lain dengan adanya perkhidmatan delivery anda tidak lagi perlu berlapar atau terpaksa meredah hujan dan panas semata-mata untuk keluar membeli makanan.

Namun saya percaya, meskipun perkhidmatan delivery telah lama bertapak di Malaysia, masih ramai di antara kita tidak tahu atau takut untuk melakukan tempahan delivery. Sebagai panduan, berikut saya kongsikan cara order Domino's Pizza delivery online.

Domino's Pizza

Cara order Domino's Pizza delivery Online

1- Buka website Domino Pizza

2- Pada penjuru kanan Website klik Start Order. Pada bahagian ini anda perlu daftar pengguna atau ahli dan seterusnya login

3- Selepas login masukkan tarikh dan maklumat penghantaran. Seterusnya klik 'Start Delivery Order'

4- Pilih jenis set menu yang diingini. Klik Find out more selepas anda berpuas hati dengan set menu yang dipilih. Seterusnya pilih set yang diingini.

5- Selepas anda memilih set pizza, anda perlu pilih jenis pizza danCrust yang anda inginkan. Contoh Beef, Chicken dan sebagainya. Selesai membuat pilihan klik 'Add to Cart' dan seterusnya klik 'Confirm'

6- Untuk membuat pembayaran klik 'Check out now'. Dalam hal ini, cara bayaran hampir sama dengan transaksi lain semasa anda membuat tempahan online. Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah sehingga transaksi anda berjaya.

7- Tunggu sehinggga tempahan anda dihantar
Cara order Domino's Pizza delivery online Cara order Domino's Pizza delivery online Reviewed by Lah Mohd on 15:47:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.