Ke Kuala Kumpur dari Krabi?
Menggunakan bas adalah altenatif lain ke Kuala Lumpur dari Krabi selain menaiki kapal terbang atau kereta api. Dengan kadar tambang yang tetap, anda tidak perlu risau sekiranya terpaksa membeli tiket atau mengubah itinerary di saat akhir. Untuk membelinya anda hanya perlu ke terminal bas berdekatan atau membeli tiket melalui agent pelancongan di sekitar Krabi. Bagi membantu anda menyusun jadual perjalanan, berikut saya kongsikan cara ke Kuala Lumpur dari Krabi. Dalam hal ini, perjalanan ke Kuala Lumpur dari Krabi dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Krabi ke Hat Yai dan Hat Yai ke Kuala Lumpur.
Ao Nang Beach |
Cara ke Kuala Lumpur dari Krabi
1- Krabi ke Hat Yai
Sedia maklum Ao Nang merupakan destinasi popular di Krabi selain bandarnya. Dalam hal ini, sekiranya anda berada di sekitar pantai Ao Nang, untuk ke Kuala Lumpur anda terlebih dahulu perlu dapatkan tiket bas/ minivan ke Hat Yai. Secara kasar, semasa low season harga tiket yang ditawarkan adalah sekitar THB350 sahaja untuk perjalanan sekitar 5 jam.
Manakala, sekiranya anda berada di bandar Krabi, anda boleh dapatkan tiket di terminal bas Krabi. Secara kasar, harga yang ditawarkan adalah lebih murah kerana bas yang digunakan adalah local bas dan masa perjalanan mungkin sedikit lama. Ini berbeza dengan pengangkutan dari Ao Nang yang mana menggunakan minivan seat VVIP.
2- Hat Yai ke Kuala Lumpur
Setibanya anda di Hat Yai anda boleh dapatkan tiket sambungan ke Kuala Lumpur dari travel agent yang berada di sekitar bandar Hat Yai. Dalam hal ini, harga yang ditawarkan adalah sekitar THB450 - THB500 bergantung kepada jenis bas. Mengikut pengalaman, untuk ke Kuala Lumpur dari Hat Yai, masa sekitar 9 jam diperlukan. Berbeza dengan menaiki train, bas akan melalui Bukit Kayu Hitam.
Cara ke Kuala Lumpur dari Krabi (dengan bas)
Reviewed by Lah Mohd
on
12:41:00
Rating:
No comments: