Cara ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur dan tempat menarik - Nothing to Somethings

Cara ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur dan tempat menarik

Ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur?

Bagi anda yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, pengangkutan awam sememangnya menjadi pilihan. Dengan harga yang berpatutan dan anda tidak perlu untuk berjaga sepanjang perjalan, ia akan menjadikan percutian anda selesa. Bagi anda yang bercuti dengan menaiki kapal terbang, anda mungkin tidak mengalami sebarang masalah. Ini kerana, anda boleh terus membeli tiket ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Manakala, untuk ke bandar Kota Bharu anda hanya perlu menaiki Taksi atau Grab.

Kawasan bebas cukai Rantau Panjang

Namun, bagi anda yang merancang untuk menaiki bas, ke stesen manakah harus anda tuju?

Untuk makluman anda, di Kota Bharu terdapat 2 stesen bas utama iaitu di tengah pusat bandar Kota Bharu dan di belakang Tesco/ AEON Mall Kota Bharu. Dalam hal ini, kebiasaanya bas akan menuju ke stesen bas di belakang Tesco sahaja. Hanya beberapa bas yang berhenti di stesen bas di pusat Bandar Kota Bharu seperti Tranasional.

Dalam hal ini, meskipun bas yang anda naik tidak menuju ke pusat bandar Kota Bharu, anda tidak perlu risau. Ini kerana jarak di antara kedua-dua stesen ini tidaklah jauh iaitu sekitar 4km sahaja. Sekiranya bas anda berhenti di stesen bas belakang Tesco/ AEON Mall untuk ke pusat bandar anda boleh menaiki Taksi, Grab atau bas antara bandar.

Untuk kepastian, semasa menaiki bas dari Kuala Lumpur anda boleh bertanyakan perkara tersebut kepada pemandu. Sekiranya bas tersebut berhenti di pusat bandar, ia adalah rezeki anda kerana anda tidak lagi perlu menaiki kenderaan lain untuk ke pusat bandar Kota Bharu. Ini kerana, sedia maklum kebanyakkan kawasan tarikan di Kota Bharu berada dalam jarak yang dekat dan boleh diakses dengan berjalan kaki sahaja.

Antara tempat menarik di sekitar pusat bandar Kota Bharu yang boleh diakses dengan berjalan kaki ialah:
1- Pasar Siti Khadijah
2- Masjid Muhammadi
3- Istana Jahar
4- Padang Merdeka
5- Bazar Tengku Anis
6- Kampung Kraftangan
7- Istana Balai Besar
8- Muzium negeri Kelantan
9- Gerbang Kota Sultan Ismail Petra
10- Bank Pitis
11- Bazar Buluh 

Manakala, sekiranya anda menyewa kenderaan anda boleh ke lokasi yang lebih jauh seperti ke:
1- Wakaf Che Yeh
2- Rantau Panjang
3- Pengkalan Kubur
4- Pantai-pantai sekitar Kota Bharu
5- Tempat makan menarik di sekitar Kota Bharu

Note: Sekiranya anda memandu dan bercuti di hari bekerja elakkan daripada memulakan perjalanan di waktu puncak seperti awal pagi (waktu orang ke tempat kerja) tengah hari (waktu rehat/ makan tengah hari) dan petang (waktu balik kerja). Ini kerana, walaupun Kota Bharu tidak sesibuk bandar besar lain, namun anda mungkin akan terperangkap atau terpaksa berpusing di tempat yang sama memandangkan anda belum arif dengan jalan sekitar. 
Cara ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur dan tempat menarik Cara ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur dan tempat menarik Reviewed by Lah Mohd on 18:10:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.