Ke Jeti Marang dari Kuala Terengganu?
Sedia maklum, Jeti Marang merupakan penghubung ke Pulau Gemia dan Pulau Kapas. Terletak sekitar 20km dari Kuala Terengganu, untuk ke Jeti Marang semestinya bantuan kenderaan diperlukan. Namun, tahukah anda cara untuk ke Jeti Marang dari Kuala Terengganu?

Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara ke Jeti Marang dari bandar Kuala Terengganu.
Cara ke Jeti Marang dari Kuala Terengganu
1- MyBas
Menggunakan bas adalah cara paling jimat untuk ke Jeti Marang dari bandar Kuala Terengganu. Ini kerana, sedia maklum kini MyBas telah diperkenalkan di Kuala Terengganu. Dalam hal ini, bagi MyBas laluan ke Jeti Marang bas akan menghubungkan antara terminal bas Kuala Terengganu, Chendering dan Jeti Marang. Bas ini bernombor T301. Untuk menaiki MyBus di Jeti Marang, anda hanya perlu menunggu di hentian bas yang disediakan, manakala sekiranya anda dari bandar Kuala Terengganu, anda boleh menaikinya di Terminal bus Kuala Terengganu. Bas ini berada di lorong paling hujung dari kaunter tiket. Untuk perjalanan sehala, kadar tambang RM2.60 dikenakan.
Note: Sekiranya anda tidak pasti lokasi menunggu MyBas, anda boleh bertanyakan hal tersebut kepada penduduk setempat.
Note: Sekiranya anda tidak pasti lokasi menunggu MyBas, anda boleh bertanyakan hal tersebut kepada penduduk setempat.
2- Taksi
Sedia maklum, taksi antara pengangkutan awam paling selesa dan cepat untuk menghubungkan antara Jeti Marang dan bandar Kuala Terengganu. Bagi anda yang bercuti bersama keluarga atau dalam kumpulan, menggunakan taksi adalah pilihan terbaik. Namun begitu, bagi percutian budget taksi bukanlah satu pilihan yang bijak. Ini kerana, dengan kadar tambang yang agak tinggi ia secara tidak langsung akan menambahkan lagi kos perjalanan anda.
Selain itu, memandangkan Jeti Marang terletak jauh dari bandar, anda mungkin akan dikenakan kadar tambang yang lebih tinggi. Ini kerana, semasa taksi tersebut ingin berpatah balik ke Kuala Terengganu dari Jeti Marang mereka mungkin tidak mempunyai pelanggan/ penumpang. Untuk menaiki taksi dari terminal bas Kuala Terengganu, anda boleh menaikinya di terminal taksi berdekatan terminal bas.
Namun begitu, memandangkan Jeti Marang terletak jauh dari bandar Kuala Terengganu anda mungkin akan dikenakan kadar tambang yang lebih tinggi melalui rundingan atau mungkin pemandu Grab menolak permintaan anda untuk dihantar ke Jeti Marang. Ini kerana, risiko mereka untuk berpatah balik ke Kuala Terengganu tanpa penumpang adalah tinggi.
Selain itu, memandangkan Jeti Marang terletak jauh dari bandar, anda mungkin akan dikenakan kadar tambang yang lebih tinggi. Ini kerana, semasa taksi tersebut ingin berpatah balik ke Kuala Terengganu dari Jeti Marang mereka mungkin tidak mempunyai pelanggan/ penumpang. Untuk menaiki taksi dari terminal bas Kuala Terengganu, anda boleh menaikinya di terminal taksi berdekatan terminal bas.
3- Grab
Meskipun Kuala Terengganu terletak jauh di Pantai Timur ia tidak menghalang negeri ini untuk menerima perkhidmatan Grab. Dalam hal ini, bagi anda yang mempunyai smartphone anda mempunyai kelebihan untuk menggunakan Grab. Dari segi harga anda tidak perlu risau. Ini kerana Grab ini beroperasi sama seperti di Kuala Lumpur.Namun begitu, memandangkan Jeti Marang terletak jauh dari bandar Kuala Terengganu anda mungkin akan dikenakan kadar tambang yang lebih tinggi melalui rundingan atau mungkin pemandu Grab menolak permintaan anda untuk dihantar ke Jeti Marang. Ini kerana, risiko mereka untuk berpatah balik ke Kuala Terengganu tanpa penumpang adalah tinggi.
Cara ke Kuala Terengganu dari Jeti Marang
Bagi anda yang merancang perjalanan ke Kuala Terengganu dari Jeti Marang, proses perjalanan untuk menaiki bas adalah hampir sama. Anda hanya perlu terbalikkan proses perjalanan di atas. Namun sekiranya anda merancang untuk menaiki Taksi dan Grab, ia mungkin sedikit sukar kerana Jeti Marang ini terletak agak jauh dari pusat bandar.
Cara ke Jeti Marang dari Kuala Terengganu
Reviewed by Lah Mohd
on
12:41:00
Rating:
No comments: