Cara ke Don Muang airport dari Suvarnabhumi airport (FREE SHUTTLE BUS) - Nothing to Somethings

Cara ke Don Muang airport dari Suvarnabhumi airport (FREE SHUTTLE BUS)

Cara ke Don Muang international airport dari Suvarnabhumi international airport?

Sedia maklum, Don Muang dan Suvarnabhumi International Airport merupakan pintu utama laluan udara ke Thailand. Dengan kedudukannya sejauh hampir 50km antara satu sama lain, bantuan kenderaan diperlukan untuk menghubungkan kedua-dua lapangan terbang ini. 

Namun, tahukah anda di kedua-dua lapangan terbang ini disediakan perkhidmatan PERCUMA atau FREE SHUTTLE. Sebagai panduan, berikut saya kongsikan caranya. 


Cara ke Don Muang International Airport dari Suvarnabhumi International Airport

1- Setibanya di Suvarnabhumi International Airport, anda perlu dapatkan cop imigration dan seterusnya berjalan ke pintu keluar.
2- Selepas melepasi pintu keluar, terus berjalan ke PINTU 3
3- Keluar melalui PINTU 3 dan pusing ke kanan
4- Dari sini anda akan melihat papan tanda/ jadual perjalanan SHUTTLE BUS
5- Sebelum menaiki bas pastikan dibawa bersama boarding pass, e-ticket dan passport. Dokumen ini digunakan sebagai tiket untuk anda menaiki bas tersebut. 


Cara ke Suvarnabhumi International Airport dari Don Muang International Airport

1- Bagi anda yang merancang perjalanan ke Suvarnabhumi international Airport dari Don Muang International Airport, proses perjalananya hampir sama seperti di atas. Dalam hal ini, anda boleh menaiki FREE SHUTTLE BAS di Don Muang International Airport di luar PINTU 6.


Note: Sekiranya anda tidak pasti laluan anda, sila berhubung dengan staf di kaunter informasi atau berdekatan. Mereka akan membantu anda. Bagi perjalanan di antara kedua-dua airport ini, secara kasarnya masa 50 minit diperlukan bergantung kepada lalu lintas. 
Cara ke Don Muang airport dari Suvarnabhumi airport (FREE SHUTTLE BUS) Cara ke Don Muang airport dari Suvarnabhumi airport (FREE SHUTTLE BUS) Reviewed by Lah Mohd on 20:35:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.