Ke bandar Kuala Terengganu dari Airport?
Bagi anda yang bercuti ke Kuala Terengganu dengan menaiki kapal terbang, airport merupakan lokasi penting untuk anda mendarat. Namun, tahukah anda airport di Kuala Terengganu berada sekitar 10 km dari pusat bandar.
Bagi anda yang bercuti ke Kuala Terengganu dengan menaiki kapal terbang, airport merupakan lokasi penting untuk anda mendarat. Namun, tahukah anda airport di Kuala Terengganu berada sekitar 10 km dari pusat bandar.
Jadi bagaimanakah cara untuk anda ke bandar Kuala Terengganu dari airport? Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara ke bandar Kuala Terengganu dari airport Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
Cara ke bandar Kuala Terengganu dari airport
1- MyBas
Menggunakan bas adalah cara paling jimat untuk ke bandar Kuala Terengganu dari airport. Ini kerana, sedia maklum kini MyBas telah diperkenalkan di Kuala Terengganu. Dalam hal ini, bagi MyBas laluan airport bas akan menghubungkan antara Kuala Terengganu, Airport Sultan Mahmud dan Jeti Merang. Bas ini bernombor T102. Untuk menaiki MyBus dari airport anda hanya perlu menunggu di hadapan airport Sultan Mahmud. Manakala sekiranya anda dari bandar Kuala Terengganu, anda boleh menaikinya di Terminal bus Kuala Terengganu. Bas ini berada di lorong paling hujung dari kaunter tiket.
Note: Sekiranya anda tidak pasti lokasi menunggu bas di airport Sultan Mahmud, anda boleh bertanyakan hal tersebut dengan staf di sekitar airport.
Note: Sekiranya anda tidak pasti lokasi menunggu bas di airport Sultan Mahmud, anda boleh bertanyakan hal tersebut dengan staf di sekitar airport.
Laluan MyBas T102 - Sumber: Maraliner |
2- Taksi
Sedia maklum, taksi antara pengangkutan awam paling selesa dan cepat untuk menghubungkan antara airport dan bandar Kuala Terengganu. Bagi anda yang bercuti bersama keluarga atau dalam kumpulan, menggunakan taksi adalah pilihan terbaik. Namun begitu, bagi percutian budget taksi bukanlah satu pilihan yang bijak. Ini kerana, dengan kadar tambang yang agak tinggi ia secara tidak langsung akan menambahkan lagi kos perjalanan anda. Untuk menaiki taksi dari airport Kuala Terengganu, anda boleh menaikinya di lobi ketibaan.
3- Grab
Meskipun Kuala Terengganu terletak jauh di Pantai Timur ia tidak menghalang negeri ini untuk menerima perkhidmatan Grab. Dalam hal ini, bagi anda yang mempunyai smartphone anda mempunyai kelebihan untuk menggunakan Grab. Dari segi harga anda tidak perlu risau. Ini kerana Grab ini beroperasi sama seperti di Kuala Lumpur.
Cara ke bandar Kuala Terengganu dari Airport
Reviewed by Lah Mohd
on
11:07:00
Rating:
No comments: