Ke bandar Bangkok dari Don Muang International Airport?
Menggunakan train, merupakan antara cara jimat ke bandar Bangkok dari Don Muang International Airport. Tidak seperti Suvarnabhumi International Airport, Don Muang International Airport tidak mempunyai jaringan Airport Rail Link (ARL). Di sini hanya terdapat laluan train biasa dan berlepas setiap satu jam. Dari Don Muang Railway Station, masa sekitar satu jam diperlukan untuk anda tiba di bandar Bangkok atau Hua Lampong station. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara ke bandar Bangkok dari Don Muang International Airport.
Don Muang Railway Station |
Cara jimat ke bandar Bangkok dari Don Muang International Airport.
1- Setibanya anda di Don Muang International Airport, terus ke ruang imigresen, dapatkan luggage dan terus ke pintu keluar.
2- Setibanya di pintu ketibaan, terus berjalan ke pintu keluar 5 atau 6. Dapatkan lif yang berada diantara kedua-dua pintu ini dan pilih aras untuk ke Sky-bridge.
3- Keluar lif dan terus berjalan ke Sky-bridge. Sebelum sampai ke penghujung sky-bridge, keluar melalui pintu kaca kecil di sebelah kanan anda.
4- Dengan menggunakan laluan yang disediakan, turun ke aras bawah.
5- Lihat kanan dan anda akan menemui landasan kereta api
6- Setibanya di landasan, lihat kiri. Dari sini anda hanya perlu berjalan beberapa langkah ke Don Muang Railway Station.
7- Setibanya di kaunter tiket, beli tiket ke Hua Lamphong station.
Note: Sekiranya anda tidak pasti laluan anda, sila dapatkan bantuan di kaunter informasi.
Cara jimat ke bandar Bangkok dari Don Muang International Airport
Reviewed by Lah Mohd
on
21:11:00
Rating:
No comments: