Cari kerja dengan JobStreet?
Sedia maklum, JobStreet merupakan antara platform mencari kerja terbesar di Malaysia. Sekiranya SPA dan JobMalaysia memberi tumpuan kepada permohonan jawatan kosong badan kerajaan, berkanun dan separa berkanun, JobStreet memberi tumpuan kepada permohonan jawatan kosong sektor swasta. Lebih menarik JobStreet turut memberi ruang untuk pemohon mengemukakan permohonan jawatan kosong di luar negara. Antara negara asing yang tersenarai dalam JobStreet adalah seperti Singapore, Thailand, Jepun, Australia, New Zealand, Timur Tengah dan banyak lagi.
Selain itu, dengan adanya platform yang disediakan oleh JobStreet ini, anda tidak lagi perlu mengemukan permohonan secara manual. Dalam kata lain, dengan satu profile online lengkap anda boleh memohon berpuluh-puluh jawatan yang di iklankan oleh JobStreet dalam satu-satu masa. Bagi membantu anda yang pertama kali ingin memohon kerja melalui JobStreet, artikel ini akan menerangkan caranya.
Cara cari kerja dengan JobStreet
1- Daftar pengguna
Seperti menggunakan platform online lain, untuk menggunakan JobStreet anda juga perlu mendaftar sebagai pengguna. Untuk daftar pengguna, caranya tidaklah sukar. Anda hanya perlu klik 'Sign Up' dibahagian penjuru kanan website dan isikan beberapa maklumat asas seperti nama, alamat email dan password.
JobStreet |
2- Kemaskini maklumat peribadi
Untuk menghasilkan satu resume atau profile online lengkap, selepas berjaya daftar pengguna anda perlu login akaun JobStreet anda. Ini perlu bagi membolehkan anda mengisi maklumat peribadi anda. Untuk mengisi maklumat peribadi, pada bahagian menu klik 'MyJobStreet' dan seterusnya klik 'Edit Profile'.
JobStreet |
Antara maklumat yang perlu di isi adalah seperti pengalaman kerja, jumlah gaji yang dimohon, pendidikan, kemahiran, kemahiran bahasa dan alamat surat menyurat. Selain itu, pada bahagian 'Uploaded resume' anda boleh memuat naik resume anda.
Manakala, bagi memastikan resume atau profile online anda sentiasa lengkap dan terkini, pastikan anda sentiasa mengemaskini maklumat peribadi dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan.
Untuk makluman, pada bahagian ini juga anda boleh menetapkan jenis bidang pekerja yang anda minati. Dalam hal ini anda akan menerima email makluman daripada JobStreet sekiranya terdapat pekerjaan yang sepadan dengan minat anda. Anda boleh memilih sama ada untuk menerima email makluman secara harian atau mingguan
JobStreet |
3- Cari kerja
Langkah seterusnya adalah membuat carian kerja. Untuk membuat carian kerja melalui JobStreet anda boleh memilih sama ada membuat carian secara manual atau menunggu padanan kerja daripada JobStreet.
Untuk melakukan carian melalui padanan kerja daripada Jobstreet, pada bahagian menu JobStreet anda hanya perlu klik 'Home'. Maklumat padanan mungkin kosong sekiranya akaun anda masih baru. Namun bagi akaun yang telah lama, padanan kerja akan disenaraikan di sini.
Sekiranya anda ingin melakukan carian kerja secara manual, pada bahagian menu JobStreet anda hanya perlu klik 'Search Job' dan seterusnya masukkan kata kunci carian di ruang yang disediakan. Sebagai contoh, kata kunci 'Teacher', all location, all specialization dan kadar gaji minimum Rm2000. Selepas anda klik 'Search' paparan seperti dibawah akan terhasil. Dalam hal ini, JobStreet akan menyenaraikan semua bidang pekerjaan yang sepadan dengan kata kunci yang digunakan.
JobStreet |
4- Mohon kerja
Langkah terakhir adalah mohon kerja. Untuk memohon kerja anda hanya perlu klik pada jawatan yang diiklankan. Sebagai contoh anda meminati jawatan seperti dibawah.
JobStreet |
Selepas anda klik pada jawatan tersebut, anda akan dibawa ke satu page yang menerangkan maklumat lengkap tentang jawatan tersebut. Antara maklumat yang biasa dipaparkan adalah seperti syarat permohonan, senarai tugas, alamat, latar belakang organisani dan beberapa maklumat tambahan lain. Dalam hal ini, untuk memohon jawatan tersebut anda hanya perlu scroll kebahagian paling bawah page tersebut dan klik 'Apply Now'.
JobStreet |
Selepas anda klik 'Apply Now' anda akan dibawa ke page terakhir. Pada bahagian ini, anda diberi ruang untuk menulis secara ringkas tentang diri anda. Sekiranya tiada apa-apa yang ingin ditulis anda boleh terus menekan 'Submit Application'. Selepas anda menekan 'Submit Application', anda secara rasmi telah memohon jawatan tersebut.
JobStreet |
Note: Untuk membuat semakan tentang status permohonan, pada bahagian menu anda hanya perlu klik 'Home' dan klik 'Check your job application status'. Di sini semua jawatan yang dipohon akan disenaraikan.
Cara cari kerja dengan JobStreet
Reviewed by Lah Mohd
on
21:19:00
Rating:
No comments: