Cara bercuti di Kuala Lumpur dengan pengangkutan awam - Nothing to Somethings

Cara bercuti di Kuala Lumpur dengan pengangkutan awam

Bercuti di Kuala Lumpur dengan pengangkutan awam?

Bagi anda yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, bas, taksi dan train sememangnya akan menjadi pilihan. Meskipun anda perlu berkongsi satu kenderaan dengan pengguna lain, namun ianya masih boleh dianggap selesa. Ini kerana, kenderaan awam di Kuala Lumpur dilengkapi penghawa dingin dan mesra penumpang kelainan upaya, ibu mengandung dan warga emas.

Lebih menarik, dengan hanya menaiki pengangkutan awam anda boleh ke tempat menarik yang berada di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Saya percaya, meskipun anda hanya menaiki pengangkutan awam, tetapi kamera atau telefon pintar anda akan dipenuhi gambar menarik.

Bagi membantu anda menyusun jadual perjalanan dan memilih pengangkutan awam yang sesuai semasa bercuti di Kuala Lumpur, berikut saya kongsikan.

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Cara bercuti di Kuala Lumpur dengan pengangkutan awam

1- Train/ LRT/ MRT

Sedia maklum, LRT, MRT, ERL, KTM dan BRT merupakan pengangkutan awam yang mempunyai laluannya sendiri. Tidak berkongsi landasan dengan kenderaan lain menjadi ianya cepat dan tidak berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Meskipun menggunakan landasan sendiri, namun stesen hentiannya berada di lokasi pusat tumpuan. Dari stesen hantian, biasanya anda hanya perlu berjalan beberapa ratus meter sahaja ke lokasi tarikan. Dalam hal ini, antaranya tempat menarik yang boleh dikunjungi dengan menaiki LRT, MRT, ERL, KTM dan BRT adalah:
i- KLCC
ii- Menara Kuala Lumpur
iii- Pasar Seni (Central market)
iv- Masjid Jamek
v- Bangunan Abdul Samad
vi- Muzium negara
vi- Masjid negara
vii- Dataran Merdeka
viii- Petaling Street
ix- Aquaria KLCC
x- Batu Caves
xi- Sunway Lagoon

Manakala, bagi anda yang suka berbelanja, dengan menaiki LRT, MRT, ERL, KTM dan BRT anda boleh ke pusat membeli-belah seperti:
i- KLCC
ii- Mid Valley
iii- Pavilion
iv- Time Square
v- Plaza Lowyat
vi- NU Sentral
viii- Sunway Piramid
ix- dan banyak lagi

Bagi tempat menarik yang berada diluar laluan LRT, MRT, ERL, KTM dan BRT, untuk kesini anda boleh menaiki bas, taksi atau Grab. Namun bagi saya, Grab adalah pilihan terbaik. Namun sekiranya anda dalam percutian budget, anda boleh menaiki bas. Antara lokasi  menarik yang boleh dilawati dengan menaiki bas, taksi atau Grab ialah:
i- Muzium Di Raja
ii- Istana Budaya
iii- Zoo Negara
iv- Tugu Negara
v- Tunku Abdul Rahman Putra Memorial
vi- MitSui Outlet

Note: Bas Hop-on dan Hop-off disediakan di pusat bandar raya Kuala Lumpur. Untuk melawat tempat menarik anda turut disarankan untuk menaiki bas ini.
Cara bercuti di Kuala Lumpur dengan pengangkutan awam Cara bercuti di Kuala Lumpur dengan pengangkutan awam Reviewed by Lah Mohd on 15:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.