Campsite!!!
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah "campsite" dan perlukah untuk menyewa "campsite" semasa bercuti di New Zealand.
Secara ringkasnya "campsite" merujuk kepada tempat atau tapak penginapan sekiranya anda tidak menyewa hotel, motel atau guesthouse. Dalam hal ini, keperluan untuk menyewa "campsite" bergantung kepada gaya percutian anda. Sekiranya anda menyewa campervan atau motorhome atau ingin berkhemah, adalah wajib untuk anda mencari "campsite" untuk dijadikan tempat bermalam.
Dalam hal ini, pilihan gabungan "campervan atau motorhome" + "campsite" sebagai tempat menginap merupakan antara altenatif terbaik sekiranya anda ingin berjimat dan menikmati keindahan New Zealand. Ini kerana, dengan menyewa campervan atau motorhome anda bebas untuk bergerak dan menginap di sebarang "campsite" yang disediakan sama ada di pinggir hutan, tasik, pantai, gunung mahupun bandar.
Untuk makluman anda, "campsite" di New Zealand boleh diketegorikan kepada 3 jenis iaitu:
1- Camperground & Holiday Park
2- DOC Campsite
3- Freedom Camping
Dalam hal ini, kemudahan yang disediakan adalah berbeza bergantung kepada jenis "campsite" yang anda pilih.
1- Camperground & Holiday Park
2- DOC Campsite
3- Freedom Camping
Dalam hal ini, kemudahan yang disediakan adalah berbeza bergantung kepada jenis "campsite" yang anda pilih.
Jenis "campsite" di New Zealand
1- "Campground" dan "Holiday Park"
"Campground" dan "Holiday Park" merujuk kepada tapak penginapan yang diusaha, diurus dan diselenggara dengan pelbagai kemudahan asas. Bagi "campsite' jenis ini, anda boleh memilih sama ada untuk tinggal di tapak yang mempunyai bekalan elektrik atau tidak. Harga yang ditawarkan bagi setiap malam adalah berbeza bagi setiap "Campground" atau "Holiday Park" dan bergantung kepada kemudahan yang disediakan. Selain daripada menyediakan tapak perkhemahan, "Campground" dan "Holiday Park" turut menawarkan bilik untuk disewa.
Dalam hal ini, fungsi "Campground" dan "Holiday Park" adalah hampir sama seperti hotel yang mana anda perlu 'check-in' dan 'check-out'.
Secara umumnya "Campground" dan "Holiday Park" menyediakan kemudahan seperti:
- Bilik mandi dilengkapi pemanas
- Tandas
- Mesin basuh layan diri
- Taman permainan
- Dapur
- Kedai
- Bilik rehat atau bilik TV
Note: Masa ideal untuk check-in adalah sebelum malam atau sebelum jam 6 p.m. Ini kerana kebanyakkan Holiday Park menutup atau menamatkan operasi apabila hari gelap kecuali di bandar dan pekan besar yang mana menamatkan operasi sekitar jam 9 p.m.
2- 'Department of Conservation (DOC) campsite'
'DOC campsite' merupakan tapak perkhemanahan yang dimiliki oleh kerajaan. Dalam hal ini anda akan dikenankan sedikit bayaran yang mana ianya lebih murah berbanding campsite jenis 'Holiday Park atau Campground". Bayaran ini berbeza mengikut jenis kemudahan dan jenis 'campsite' yang dipilih iaitu:
- Serviced campsite
- Scenic campsite
- Standrd campsite
- Basic campsite
- Backcountry campsite
- Great Walk campsite
- Tandas (Long drop atau flush)
- Tempat masak atau BBQ (biasanya guna peralatan sendiri)
- Punca air (dari air paip, tangki atau sungai)
Jenis DOC campsite: di sini dan di sini.
3- 'Freedom camping atau free camping'
'Freedom camping' atau 'free camping' merupakan tapak perkhemahan yang membenarkan anda untuk bermalam tanpa sebarang kos. Kebiasannya anda boleh bermalam secara bebas di 'public canservation land'. Namun begitu, anda perlu berwaspa dengan sebarang papan tanda yang tidak membenarkan anda untuk bermalam. Maklumat lanjut, baca di sini.Dari segi kemudahan, kebiasaanya campsite jenis ini menyediakan kemudahan yang sangat terhad dan anda perlu menggunakanan kelengkapan sendiri. Dalam hal ini, kebiasaanya campsite jenis ini sesuai untuk kenderaan jenis self-contained (kenderaan atau motorhome yang ada tandas).
Baca juga:
Maklumat lanjut tentang Campsite di New Zealand, baca di sini
Jenis Campsite di New Zealand
Reviewed by Lah Mohd
on
12:28:00
Rating:
No comments: