Cara Transfer duit guna mesin deposit/ ATM BSN - Nothing to Somethings

Cara Transfer duit guna mesin deposit/ ATM BSN

Tranfer duit guna mesin deposit/ ATM BSN, boleh ke?

Bagi anda yang tidak pernah melakukan transfer menggunakan mesin deposit atau ATM, mungkin perkara ini menjadi tanda tanya. Mana tidaknya, sebelum ini urusan pindahan atau transfer duit hanya dilakukan melalui kaunter sahaja.

Namun selepas pihak di kaunter bank tidak lagi menerima urusan pindahan atau pengeluaran wang bagi jumlah yang kecil, semua urusan kini perlu dilakukan sendiri melalui mesin deposit atau ATM BSN.

Bagi anda yang pertama kali menggunakannya, ianya mungkin kelihatan susah. Namun selepas anda telah terbiasa, ianya akan menjadi sesuatu yang mudah. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan caranya.



Cara transfer duit guna mesin deposit BSN (Tanpa kad)

1- Tekan mana-mana butang atau skrin untuk aktifkan skrin

2- Pilih bahasa

3- Pilih YA

4- Pilih deposit tunai

5- Pilih jenis akaun bank

6- Masukkan nombor akaun penerima & pilih Ya jika betul

7- Ringkasan penerima akan dipaparkan. Jika betul pilih teruskan

8- Masukkan duit di ruang yang disediakan & pilih teruskan selepas duit dimasukkan

9- Ringkasan transaksi akan dipaparkan. Pilih terima jika betul. Pilih tambah sekiranya ingin tambah duit.

10- Ambil resit sebagai bukti transaksi. Selesai


Cara transfer duit guna mesin ATM BSN (Dengan Kad)

1- Masukkan kad ATM anda ke mesin ATM

2- Pilih bahasa

3- Masukkan No Pin. Tekan teruskan

4- Pilih lain-lain urusniaga/ Pilih Pindahan

5- Pilih Pindahan antara Bank Meps/ Pilih Pindahan Interbank Segera

7- Pilih Bank penerima. 

8- Masukkan nombor akaun penerima & sahkan

9- Masukkan jumlah & sahkan

10- Ringkasan maklumat penerima akan dipaparkan. Jika betul pilih teruskan/ Ya

11- Selesai. Pastikan anda mengambil resit sebagai rekod transaksi dan kad ATM anda.

Note:
Cara ini mungkin akan sedikit berbeza dengan paparan di skrin mesin Deposit atau ATM BSN. Ini memandangkan kedua-dua mesin ini sentiasa ditambah baik. 
Cara Transfer duit guna mesin deposit/ ATM BSN Cara Transfer duit guna mesin deposit/ ATM BSN Reviewed by Lah Mohd on 11:11:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.